08/11/2017 — Peruntukan Khas Pasca Banjir, Bantu Mangsa Di Pulau Pinang:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Berikutan suasana banjir yang dialami oleh penduduk di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Perak meluluskan peruntukkan khas bagi membantu mangsa dalam proses pasca b Berikutan suasana banjir yang dialami oleh penduduk di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Perak meluluskan peruntukkan khas bagi membantu mangsa dalam proses pasca b Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 08/11/2017 — Peruntukan Khas Pasca Banjir, Bantu Mangsa Di Pulau Pinang:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

08/11/2017 — Peruntukan Khas Pasca Banjir, Bantu Mangsa Di Pulau Pinang:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Peruntukan Khas Pasca Banjir, Bantu Mangsa Di Pulau PinangBerikutan suasana banjir yang dialami oleh penduduk di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Perak meluluskan peruntukkan khas bagi membantu mangsa dalam proses pasca banjir.

Jelas Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir, bagi tujuan itu sejumlah RM100,000 akan dibelanjakan bagi membeli peralatan tertentu terutama untuk tujuan kerja-kerja pembersihan rumah mangsa.

“Kerajaan Negeri akan meluluskan RM100,000 bagi membeli perlatan bagi pasca banjir bagi tujuan mencuci dan sebagainya.

“ini kerana kita sedia maklum, masalah yang dihadapi kebanyakan mangsa banjir adalah bagaimana nak cuci kesan banjir.

“Selaras urusan ini melalui Datuk Saarani (Mohamad), Datuk Rusnah (Kassim), Datuk Seri Mohd Puhat (Mat Nayan) untuk kenal pasti kawasan yang boleh kita bantu untuk urusan mencuci dan sebagainya,” katanya selepas mempengerusikan meysuarat exco di Ipoh, hari ini.

Dalam hal ini, beliau berharap bantuan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri tidak disalah tafsir oleh mana-mana pihak.

Ini kerana usaha yang dilakukan ini mengambil kira faktor kedudukan Pulau Pinang sebagai negeri jiran.

“Bantuan untuk pasca banjir kepada Pulau Pinang ini sebagai tanda simpati kita, kerana hari ini mereka alami masalah dan kita tidak tahu esok bagaimana keadaan kita. Kita tahu negeri Perak memang ada persiapan awal (hadapi banjir) dan kita jangkakan akan berlaku perkara ini (banjir).

“Saya harap jangan anggap ini (bantuan) isu politik dan ini adalah masalah kemanusiaan dan mereka merupakan jiran kita,” ulas beliau.

Semasa Pulau Pinang dilanda banjir pada awalnya, Datuk Seri Diraja Dr Zambry berkata beliau telah meminta agensi dan pihak jabatan yang berkaitan untuk memberikan bantuan perkhidmatan.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top