08/11/2017 — Curi Kabel, Perlu Kenakan Denda Maksimum:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Pesalah yang melakukan jenayah curi kabel sewajarnya dikenakan denda yang paling maksimum memandang mereka melakukan tindakan yang mengambil hak orang ramai. Pe Pesalah yang melakukan jenayah curi kabel sewajarnya dikenakan denda yang paling maksimum memandang mereka melakukan tindakan yang mengambil hak orang ramai. Pe Rating: 0
You Are Here: Home » General » 08/11/2017 — Curi Kabel, Perlu Kenakan Denda Maksimum:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

08/11/2017 — Curi Kabel, Perlu Kenakan Denda Maksimum:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Curi Kabel Perlu Kenakan Denda MaksimumPesalah yang melakukan jenayah curi kabel sewajarnya dikenakan denda yang paling maksimum memandang mereka melakukan tindakan yang mengambil hak orang ramai.

Perkara itu ditegaskan Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir yang menyifatkan tindakan tidak bertanggungjawab itu bukanlah sesuatu yang boleh ditolerasi.

“Bayangkan tiba-tiba ada tindakan khianat dia pergi potong sumber air semua ini atau pun dia pergi mencuri seperti copper dan sebagainya yang melibatkan talian elektrik, talian telekom, talian untuk komunikasi syarikat yang lain. Ia akan memberi kesan kepada orang ramai.

“Saya berharap kepada pihak berkuasa supaya mereka yang telah ditangkap ini didenda semaksimum yang mungkin kerana kita tidak boleh biarkan sikap yang begini; orang yang langsung tidak bertanggungjawab dengan hak-hak orang ramai,” ujar beliau semasa ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Ipoh, pada Rabu.

Sebelum itu Datuk Seri Diraja Dr Zambry mengulas laporan kejayaan pihak polis yang menumpaskan tindakan kes kecurian kabel dan bateri yang melibatkan seorang kontraktor.

Menerusi kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee, katanya suspek dipercayai telah mencuri 34 barangan termasuk lapan buah bateri pencawang dan kabel telekomunikasi.

Bercakap mengenai kejayaan itu, Datuk Seri Diraja Dr Zambry menghargai gerakan kemas pasukan polis dalam menangani isu kecurian kabel ini.

“Polis telah membuat gerakan2 yang kemas utk memastikan masalah2 kecurian kabel talain komunikasi ini yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Saya mohon juga polis untuk teruskan usaha-usaha ini kerana jika kita tidak lakukan tangkapan-tangkapan ini, maka kegiatan ini akan berleluasa; kita tidak boleh bertoleransi dengan mereka yang mencuri prasarana atau infrastruktur-infrastruktur untuk orang ramai,” katanya lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top