17/10/2017 — Jaringan LNG Ayer Tawar- Lembah Kinta Siap 2019 :- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) bersama dengan Gas Malaysia Berhad dan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FFM) akhirnya mencapai Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) bersama dengan Gas Malaysia Berhad dan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FFM) akhirnya mencapai Rating: 0
You Are Here: Home » General » 17/10/2017 — Jaringan LNG Ayer Tawar- Lembah Kinta Siap 2019 :- DSD Dr Zambry Abd Kadir

17/10/2017 — Jaringan LNG Ayer Tawar- Lembah Kinta Siap 2019 :- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Jaringan LNG Ayer Tawar- Lembah Kinta Siap 2019Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) bersama dengan Gas Malaysia Berhad dan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FFM) akhirnya mencapai kata kerjasama untuk membangunkan jaringan paip gas asli cecair (LNG) sejauh 140 kilometer dari Ayer Tawar ke Lembah Kinta.

Kata Menteri Besar Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir, projek berkenaan dilaksanakan mengikut beberapa fasa dan dijangka siap sepenuhnya pada 2019.

“Penyiapan projek itu akan dibuat mengikut fasa mulai dari suku keempat 2018 sehingga ke suku ketiga 2019.

“Ini merupakan satu perkembangan yang amat positif untuk negeri serta industri-industri yang ada di dalamnya, ini adalah manifestasi kesungguhan Kerajaan Negeri dalam membangunkan Perak sebagai hub pelaburan Malaysia,” kata semasa berucap demikian ketika merasmikan Majlis Makan Malam Tahun Ke-49 FMM di Ipoh, pada Isnin.

Projek LNG bernilai RM160 juta itu diyakini dapat membangunkan industri di Lembah Kinta dan seterusnya memberi manfaat kepada 53 industri sedia ada.

Pada masa ini projek berkenaan telah pun 40 peratus siap dan sebuah syarikat gergasi Top Glove telah pun memberikan komitmen mereka untuk mengembangkan lagi operasi mereka di Lembah Kinta ini.

Projek yang dinanti-nantikan oleh pihak negeri itu turut melibatkan pelaburan sebanyak RM10 juta manakala RM50 juta daripada Kerajaan Persekutuan dan selebihnya adalah dari Malaysia Gas Berhad.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top