17/10/2017 — Hina Sultan, Suspek Remaja Ditahan:- Datuk Hasnan Hassan Reviewed by Perak BN on . Polia Perak menahan seorang remaja berusia 19 tahun bagi membantu siasatan berhubung isu menghina Sultan Perak di laman sosial. Menurut Ketua Polis, Datuk Hasna Polia Perak menahan seorang remaja berusia 19 tahun bagi membantu siasatan berhubung isu menghina Sultan Perak di laman sosial. Menurut Ketua Polis, Datuk Hasna Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 17/10/2017 — Hina Sultan, Suspek Remaja Ditahan:- Datuk Hasnan Hassan

17/10/2017 — Hina Sultan, Suspek Remaja Ditahan:- Datuk Hasnan Hassan

perakbn Hina Sultan, Suspek Remaja DitahanPolia Perak menahan seorang remaja berusia 19 tahun bagi membantu siasatan berhubung isu menghina Sultan Perak di laman sosial.

Menurut Ketua Polis, Datuk Hasnan Hassan berkata pada 14 Oktober lalu, pihaknya menerima enam laporan polis tentang perbuatan menghina itu yang telah menimbulkan rasa tidak.puas hati ramai pihak.

“Hasil siasatan awal mendapati punca munculnya perkataan yang menghina tersebut adalah disebabkan perbalahan antara dua kumpulan bola sepak yang menular di laman sosial iaitu “Perak Power’ dan ‘My Football Liga’ yang menyebabkan seorang lelaki telah mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya sehingga menghina Sultan Perak,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, suspek yang kini belajar di tingkatan enam ditahan pada semalam dan direman selama tiga hari.

“Pihak polis berharap dengan tertangkapnya suspek seperti ini dapat memberj kesedaran kepada orang ramai supaya tidak mengambil mudah dengan menggunakan laman sosial sebagai satu perantaraan untuk meluahkan perasaan, mencaci dan sebagainya,” kata Datuk Seri Hasnan.

Sebelum ini Persatuan Penyokong Bola Sepak Perak (TBG MOBS) tampil membuat satu laporan Polis berkaitan satu akaun Twitter yang dikatakan telah mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Perak.

Akaun Twitter tersebut dikatakan telah memuat naik satu kenyataan berbunyi “Sultan Perak pun Bodoh” dan ia telah menjadi tular melalui laman sesawang juga aplikasi WhatsApp.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top