17/10/2017 — Himpunan Haram, Serlahkan Kegagalan Pakatan Harapan:- Senator Khairul Azwan Harun Reviewed by Perak BN on . Kegagalan Pakatan Harapan mendapat sokongan rakyat pada perhimpunan di Petaling Jaya, Sabtu lalu membuktikan parti yang diketuai DAP itu bukan stabil dan kukuh Kegagalan Pakatan Harapan mendapat sokongan rakyat pada perhimpunan di Petaling Jaya, Sabtu lalu membuktikan parti yang diketuai DAP itu bukan stabil dan kukuh Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 17/10/2017 — Himpunan Haram, Serlahkan Kegagalan Pakatan Harapan:- Senator Khairul Azwan Harun

17/10/2017 — Himpunan Haram, Serlahkan Kegagalan Pakatan Harapan:- Senator Khairul Azwan Harun

perakbn Himpunan Haram, Serlahkan Kegagalan Pakatan HarapanKegagalan Pakatan Harapan mendapat sokongan rakyat pada perhimpunan di Petaling Jaya, Sabtu lalu membuktikan parti yang diketuai DAP itu bukan stabil dan kukuh seperti yang dicanang mereka.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun berkata perhimpunan yang hanya mengumpulkan kurang daripada 10 peratus kehadiran yang disasarkan jelas menunjukkan juga rakyat tidak lagi sebarangan terpedaya dengan politik pembangkang.

“Apabila Malaysia cuba mena­ngani polarisasi dalam ma­syarakat, Tun Dr. Mahathir Mo­­hamad (Pengerusi Pakatan Ha­rapan) terus menerus cuba mengheret kita kembali ke dalam politik zaman batu dengan membuat serangan pe­ribadi terhadap pe­mimpin negara,” katanya.

Tambah Senator Khairul Azwan lagi, kegagalan penganjuran mereka itu juga jelas dapat dilihat, parti-parti di bawahnya tiada pendirian kukuh, tanpa arah dan tanpa pemimpin utama.

Malah dalam soal calon Perdana Menteri mereka, sehingga kini tiada keputusan kukuh dicapai.

“Pakatan tersebut tiada perancangan komprehensif mengenai perkara yang mahu dilakukan sekiranya mereka berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Dalam kenyataan yang sama, Senator
Khairul Azwan juga mengingatkan parti pakatan bahawa DAP merupakan memegang jumlah kerusi terba­nyak di Parlimen.

“Dr. Mahathir hanyalah boneka DAP yang mempergunakannya untuk memenangi hati pengundi Melayu.

“Begitu juga dengan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, hanya berani bertanding di kerusi kawasan selamat jajahan DAP,” katanya lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top