13/10/2017 — Pengundi Hantu Nga Dicabar Buat Laporan Polis, SPRM :- Datuk Saarani Mohamad Reviewed by Perak BN on . Gertakkan DAP dan Pakatan Harapan yang mahu membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah sesuatu yang dialu-alukan oleh Barisa Gertakkan DAP dan Pakatan Harapan yang mahu membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah sesuatu yang dialu-alukan oleh Barisa Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 13/10/2017 — Pengundi Hantu Nga Dicabar Buat Laporan Polis, SPRM :- Datuk Saarani Mohamad

13/10/2017 — Pengundi Hantu Nga Dicabar Buat Laporan Polis, SPRM :- Datuk Saarani Mohamad

perakbn Pengundi Hantu Nga Dicabar Buat Laporan Polis, SPRMGertakkan DAP dan Pakatan Harapan yang mahu membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah sesuatu yang dialu-alukan oleh Barisan Nasional (BN).

Tegas Timbalan Pengerusi BN Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad, perkara itu sama sekali tidak menjejaskan parti malah ia sekaligus menampakan pembangkang tidak mempunyai isu untuk dijadikan bahan politik mereka.

Nga mengugut agar BN memohon maaf dan menyelesaikan isu pengundi hantu yang kononnya melibatkan 165,000 pemilih di Perak.

“Adalah tidak adil jika pakatan dan buat bantahan setelah disemak (nama pemilih) sekarang. Katanya, jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mahu memutihkan senarai itu dia nak buat laporan polis dan SPRM

“Saya sahut cabaran!Nga dan Pakatan silakan buat laporan itu kerana pada masa itu sudah tamat (bantahan nama pemilih), dia patut buat bantahan masa SPR pamerkan nama pemilih baharu 16 kali dahulu. Kenapa sekarang baru timbul?”soal beliau menerusi sidang media khas di Ipoh, pada Jumaat.

Sejak PRU13, SPR mempamerkan nama pemilih baharu setiap tiga bulan sekali dan sehingga 30 Jun lalu menampakan jumlah pemilih terutama Melayu meningkat lebih 50 peratus.

Justeru, kata Datuk Saarani pembangkang kelihatan salah mengatur strategi yang mana ia kini menampakkan mereka akan kalah pada PRU akan datang.

“Pakatan Harapan salah strategi. Kajian saya membuktikan bahawa terdapat sejumlah pengundi-pngundi Cina dari Perak yang dibawa secara tersusun ke negeri Johor contoh 607 pengundi di pindahkan ke Parlimen Terbau, 443 pengundi Perak dipindah ke Pulai, 311 pengundi Cina ke Gelang Patah, 189 ke Pasir Gudang, dan 89 ke Kulai.

“Ini mereka dah buat secara tersusun sejak lama sebab Lim Kit Siang beri arahan nak takluk Putrajaya mesti menang Johor.

“Jadi mereka telah buat benda yang sama untuk PRU 14, pindahkan pengundi Cina Ipoh ke Johor,” katanya.

Bagaimanapun menerusi kempen yang dilakukan UMNO dan BN bagi mendekati pengundi jumlah penambahan pengundi adalah positif.

“Hasil kempen itu, 30 Jun 2017 menunjukkan 1.4 juta orang pengundi Perak berdaftar…752 591 iatu 50.4 peratus pengundi Melayu, 534 309, pengundi Cina (35.1peratus) , 171 745 pengundi India (11.15 peratus) dan 33 583 pengundi lain-lain.

“Ini mengejutkan Nga Kor Ming kerana terdapat penambahan ketara bagi pengundi Melayu di Perak yang mana pada PRU 13 pengundi Melayu 48 peratus,” jelas Datuk Saarani lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top