13/10/2017 — ‘No Way’ BN Minta Maaf:- Datuk Saarani Mohamad Reviewed by Perak BN on . Barisan Nasional (BN) Perak sama sekali tidak akan meminta maaf kepada Pakatan Harapan mahupun Nga Kor Ming berhubung isu pengundi hantu yang didakwa oleh merek Barisan Nasional (BN) Perak sama sekali tidak akan meminta maaf kepada Pakatan Harapan mahupun Nga Kor Ming berhubung isu pengundi hantu yang didakwa oleh merek Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 13/10/2017 — ‘No Way’ BN Minta Maaf:- Datuk Saarani Mohamad

13/10/2017 — ‘No Way’ BN Minta Maaf:- Datuk Saarani Mohamad

perakbn ‘No Way’ BN Minta MaafBarisan Nasional (BN) Perak sama sekali tidak akan meminta maaf kepada Pakatan Harapan mahupun Nga Kor Ming berhubung isu pengundi hantu yang didakwa oleh mereka, demikian tegas Timbalan Pengerusi BN Perak, Datuk Saarani Mohamad.

“No way! Barisan Nasional tidak akan mohon maaf pada Nga Kor Ming atau sesiapa pun kerana Barisan Nasional tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam urusan daftar pemilih.

“Daftar pemilih di urus tadbir oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Barisan Nasional tidak terlibat untuk senaraikan daftar pemilih,” jelas beliau.

Semalam, Nga Kor Ming yang merupakan Pengerusi DAP Perak, memberi tempoh 24 kepada pemimpin BN untuk meminta maaf berikutan tidak senang dengan pendedahan dan penjelasan yang dibuat Datuk Saarani.

Isu pengundi hantu timbul apabila Nga menuduh BN membawa pengundi hantu seramai 56,323 pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), bagaimanapun, pada sidang media semalam ketika ADUN Kepayang itu ‘mengeluarkan’ bukti-buktinya jumlah itu bertambah kepada 165,000.

“Saya nak cabar Nga Kor Ming, dia bawak 165,000 nama pengundi hantu; saya nak cabar dia tunjukkan setiap satu nama itu adalah pengundi hantu. Kalau tidak, dia kena minta maaf kepada dunia kerana dia berbohong.

“Sila buktikan dari nombor 1 hingga 165,000 adalah pengundi hantu seperti yang sebenarnya yang dimaksukan ‘pengundi hantu’…dia (Nga) tidak boleh letakkan harapan pada Barisan Nasional untuk mohon maaf, itu mimpi indah,” sindir Datuk Saarani.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Bangunan UMNO di Ipoh, hari ini.

Nga bersama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin membawa beberapa kotak yang kononnya bukti lebih 165,000 senarai nama dengan ‘alamat aneh’ berdaftar sebagai pengundi di seluruh Perak.

Tindakan mereka itu, selar Datuk Saarani adalah sesuatu yang menggelikan hati kerana ia pernah dilakukan oleh salah seorang pemimpin pembangkang yang popular sebelum ini iaitu Ezam Md Nor.

Namun, hakikatnya sehingga ini tiada apa yang dibuktikan oleh pembangkang terhadap semua tuduhan mereka terhadap BN.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top