13/10/2017 — Cuti Deepavali Unisel, Azmin Perlu Jawab:- Datuk C Sivarraajh Reviewed by Perak BN on . Menteri Besar, Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu menjelaskan keputusan pihak Universiti Selangor (Unisel) yang hanya memberikan cuti Deepavali pada p Menteri Besar, Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu menjelaskan keputusan pihak Universiti Selangor (Unisel) yang hanya memberikan cuti Deepavali pada p Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 13/10/2017 — Cuti Deepavali Unisel, Azmin Perlu Jawab:- Datuk C Sivarraajh

13/10/2017 — Cuti Deepavali Unisel, Azmin Perlu Jawab:- Datuk C Sivarraajh

perakbn Cuti Deepavali Unisel, Azmin Perlu JawabMenteri Besar, Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu menjelaskan keputusan pihak Universiti Selangor (Unisel) yang hanya memberikan cuti Deepavali pada pelajarnya hanya 18 Oktober ini sahaja.

Menurut Ketua Pemuda MIC, Datuk C Sivarraajh, para pelajar masih perlu mengikuti kelas pada 17 Oktober dan memulakannya semula pada 19 Oktober.

“Pihak pengurusan universiti perlu menghntikan diskriminasi terhadap pelajar India dan memberikan mereka sekurang-kurangnya tiga atau empat hari cuti, jadi mereka boleh meraikan Deepavali bersama keluarga masing-masing.

“Naib Canselor, Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman sepatutnya mendengar rayuan pelajar India yang meminta agar cuti diberikan lebih,” ujarnya menerusi kenyataan, pada hari ini.

Tambah Datuk Sivarraajh, wakil pelajar India telah menyampaikan surat rayuan kepada pihak univerisiti untuk meminta lanjutan cuti tiga hari sempena Deepavali ini, namun sehingga setakat ini tiada maklum balas diterima.

“Datuk Seri Mohamed Azmin perlu mengambil kira perkara ini kerana Unisel adalah universiti di bawah pengurusan Kerajaan Negeri

“Bagaimana kerajaan Pakatan Harapan boleh berjanji untuk menjaga kebajikan masyarakat India jika mereka tidak dapat memberi pertimbangan sewajarnya kepada pelajar India di institusi pengajian tinggi?” soal beliau.

Dalam hal ini, Datuk Sivarraajh mempertikaikan kredibiliti kepimpinan Pakatan Harapan yang mahu menarik pengundi masyarakat India di Selangor.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top