12/10/2017 — Fitnah Dyana Tiada Kefahaman:- Syed Afzarizal Syed Salim Reviewed by Perak BN on . Seorang demi seorang pemimpin DAP Perak menunjukkan tahap pemikiran yang kurang matang dalam berpolitik, malah boleh dikatakan juga dangkal dalam melemparkan se Seorang demi seorang pemimpin DAP Perak menunjukkan tahap pemikiran yang kurang matang dalam berpolitik, malah boleh dikatakan juga dangkal dalam melemparkan se Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 12/10/2017 — Fitnah Dyana Tiada Kefahaman:- Syed Afzarizal Syed Salim

12/10/2017 — Fitnah Dyana Tiada Kefahaman:- Syed Afzarizal Syed Salim

perakbn Fitnah Dyana Tiada KefahamanSeorang demi seorang pemimpin DAP Perak menunjukkan tahap pemikiran yang kurang matang dalam berpolitik, malah boleh dikatakan juga dangkal dalam melemparkan sesuatu kenyataan.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tapah, Syed Afzarizal Syed Salim dalam kenyataannya pada Rabu menyelar fitnah Anggota Eksekutif DAP Perak, Dyana Sofea Mohd Daud mengenai isu tajaan bola sepak pasukan Kelantan.

Dyana Sofea melabelkan bekas Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa sebagai perompak apabila pasukan The Red Warrior (TRW) berjaya mendapatkan tajaan daripada pelbagai syarikat ternama di dalam dan luar negara.

“Inilah masalah bila tiada kefahaman di dalam melemparkan fitnah. MARA tidak ada menaja TRW sebagai mana yang didakwa oleh Dyana. Penajaan pasukan TRW di buat oleh anak syarikat MARA menggunakan peruntukan pemasaran dan pengiklanan tanpa menggunakan bajet pendidikan seperti yang di dakwa. TRW merupakan satu pasukan bolas sepak yang menjual ruang pada jersi sebagai ruang iklan untuk dipamerkan setiap kali perlawanan,” selar Syed Afzarizal.

Dalam hal ini, beliau melihat Dyana Sofea antara salah seorang yang telah terpedaya dengan tipu helah DAP dan sekaligus menampakkan sifatnya yang cepat melatah dengan hanya sedikit sinidiran.

“Tindakan Dyana Sofea yang menuduh dengan membabi buta kepada Bapa Pembangunan Bola Sepak Negeri Kelantan, Tan Sri Annuar menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kelab penyokong dan rakyat Kelatan.

“Penyalahgunaan kuasa pemimpin DAP sendiri masih belum nampak jalan penyelesaian. Dyana Sofea dan pemimpin DAP tetap akan mengatakan serta membuat tohmahan ke atas pemimpin UMNO jika berlaku apa sahaja, tetapi akan pertahankan jika pemimpin mereka yang menyalahi dan secara terang di heret ke mahkamah bagi meneruskan prosiding tanpa bercuti daripada tugas,” kata Syed Afzalrizal lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top