12/10/2017 — Agenda DAP Semata-mata Mahu Cina Marah BN:- Datuk Heng Saei Kei Reviewed by Perak BN on . Tuduhan dan lemparan fitnah DAP Perak diyakini bertujuan mencetuskan kemarahan masyarakat Cina terhadap Barisan Nasional (BN). Kata Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Tuduhan dan lemparan fitnah DAP Perak diyakini bertujuan mencetuskan kemarahan masyarakat Cina terhadap Barisan Nasional (BN). Kata Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 12/10/2017 — Agenda DAP Semata-mata Mahu Cina Marah BN:- Datuk Heng Saei Kei

12/10/2017 — Agenda DAP Semata-mata Mahu Cina Marah BN:- Datuk Heng Saei Kei

perakbn Agenda DAP Semata-mata Mahu Cina Marah BNTuduhan dan lemparan fitnah DAP Perak diyakini bertujuan mencetuskan kemarahan masyarakat Cina terhadap Barisan Nasional (BN).

Kata Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kei sejak dulu hingga kini, taktik lama itu menjadi amalan DAP dengan tujuan lainnya mengalihkan perhatian terhadap sesuatu masalah yang dihadapi oleh mereka.

“Sememangnya bagi saya ini merupakan taktik lama DAP yang ingin membangkitkan kemarahan khususnya di kalangan pengundi Cina terhadap BN… seterusnya terhadap sistem demokrasi di Malaysia ini terutamanya menjelang PRU ke14.

“Ini juga satu taktik untuk mereka mengalihkan perhatian pengundi khususnya masyarakat Cina yang telahpun mempersoalkan tentang KPI (prestasi) mereka … selama lima tahun di kawasan-kawasan yang mereka diamanahkan sebagai wakil rakyat,” ujarnya.

Datuk Seai Kei sebelum itu mengulas fitnah Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming tentang lebih 50,000 pengundi hantu di Perak.

Bagaimanapun beliau yakin rakyat tidak mudah terpedaya dengan cerita dongeng pembangkang yang kelihatan bermain dengan politik kotor.

“Jadi apa yang perlu kita lakukan ialah kita sebagai komponen BN tetap dengan pendirian kita untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

“Yang penting sekali saya percaya rakyat sendiri termasuklah masyarakat Cina dikawasan Parlimen Gopeng ini khususnya boleh nampak selama 10 tahun setelah kawasan parlimen Gopeng jatuh ke tangan wakil rakyat pembangkang. . . ia telah mengakibatkan Parlimen Gopeng ini hadapi banyak masalah.

“Saya dan Datuk Hamzah Kassim selaku pucuk pimpinan BN Bahagian Gopeng amat yakin untuk kali ini selagi kita dapat berganding bahu untuk buktikan kepada semua masyarakat dikawasan ini tentang keikhlasan kita untuk berkhidmat bantu mereka (rakyat) …saya percaya kali ini kita dapat rampas kembali kerusi –kerusi di kawasan Parlimen Gopeng,” ujar beliau yang ditemui pemberita di Gopeng, hari ini.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top