11/10/2017 — Pasti Ada Lagi Cerita ‘Dongeng’ Nga Kor Ming:- DS Tajuddin Abdul Rahman Reviewed by Perak BN on . Tidak hairan DAP Perak akan mendendangkan pelbagai lagi cerita ‘dongeng’ terutama di hujung-hujung waktu yang akan diumumkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nan Tidak hairan DAP Perak akan mendendangkan pelbagai lagi cerita ‘dongeng’ terutama di hujung-hujung waktu yang akan diumumkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nan Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 11/10/2017 — Pasti Ada Lagi Cerita ‘Dongeng’ Nga Kor Ming:- DS Tajuddin Abdul Rahman

11/10/2017 — Pasti Ada Lagi Cerita ‘Dongeng’ Nga Kor Ming:- DS Tajuddin Abdul Rahman

perakbn Pasti Ada Lagi Cerita ‘Dongeng’ Nga Kor MingTidak hairan DAP Perak akan mendendangkan pelbagai lagi cerita ‘dongeng’ terutama di hujung-hujung waktu yang akan diumumkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Demikian kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang sememangnya ‘masak’ dengan permainan pembangkang di negeri ini terutama isu-isu yang diwujudkan oleh Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Terbaru, timbul pula cerita tentang pengundi hantu yang kononnya Barisan Nasional (BN) membawa masuk 56,323 orang sebagai pengundi untuk PRU14.

“Sebagaimana yang kita tahu pembangkang ni dia boleh mengada-adakan cerita…PRU ke-13 dulu kita jangan lupa apa yang diceritakan tentang Bangla. . . 40,000 pengundi Bangla dibawa oleh Barisan Nasional. . . penuh kapal terbang tu angkut 40,000 Bangladesh kata dek Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Anwar serupalah… Anwar ni sama juga satu kelambu !.. walaupun mimpi lain-lain tapi akhirnya terbukti cerita tu tak betul… tuduhan tu tak betul.

“Itu taktik pembangkang untuk menjejaskan kredibiliti pihak Barisan Nasional dan UMNO… oleh itu jangan percayalah itu cerita-cerita dongeng yang direka cipta pihak pembangkang,” selar Datuk Seri Tajuddin yang ditemui pemberita di Sungai Manik, pada Selasa.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Pasir Salak itu meminta supaya rakyat khususnya pengundi-pengundi Melayu agar tidak mudah memberi undi kepada pembangkang Pakatan Harapan atas dasar adanya pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad disitu.

“Kita menghormati Tun M tapi kerana dia sudah beralih arah ke pihak pembangkang maka kita jangan berikan undi kita kepadanya,’’ katanya yang mengharapkan sokongn jitu buat BN.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top