10/10/2017 — Pembersihan, Penilaian, Penguatkuasaan Aktiviti Berterusan Pastikan Tandas Bersih:- Datuk Zamri Man Reviewed by Perak BN on . Bermatlamatkan sekurang-kurangnya 50 peratus jumlah keseluruhan tandas di bandar raya Ipoh bertaraf 4 atau 5 bintang, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengatur aktiv Bermatlamatkan sekurang-kurangnya 50 peratus jumlah keseluruhan tandas di bandar raya Ipoh bertaraf 4 atau 5 bintang, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengatur aktiv Rating: 0
You Are Here: Home » General » 10/10/2017 — Pembersihan, Penilaian, Penguatkuasaan Aktiviti Berterusan Pastikan Tandas Bersih:- Datuk Zamri Man

10/10/2017 — Pembersihan, Penilaian, Penguatkuasaan Aktiviti Berterusan Pastikan Tandas Bersih:- Datuk Zamri Man

perakbn Pembersihan, Penilaian, Penguatkuasaan Aktiviti Berterusan Pastikan Tandas BersihBermatlamatkan sekurang-kurangnya 50 peratus jumlah keseluruhan tandas di bandar raya Ipoh bertaraf 4 atau 5 bintang, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengatur aktiviti berterusan.

Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man, sasaran itu perlu dicapai selewat-lewatnya pada hujung tahun ini.

“Dalam usaha ke arah itu MBI telah melaksanakan beberapa aktiviti secara berterusan. Di antara aktiviti yang dijalankan pembersihan tandas awam serta aktiviti bersama komuniti seperti kempen Perak Yang Bersih melibatkan Ahli Majlis dan pengurusan tertinggi MBI.

“Penilaian tahap kebersihan dan penarafan tandas bintang kepada semua tandas awam di bawah pentadbiran MBI;

“Penguatkuasaan ke atas kebersihan tandas awam secara rutin, berkala dan semasa operasi berjadual secara berkala,” jelasnya menerusi kenyataan pada Selasa.

Antara lain, MBI melaksanakan taklimat secara individu dan kumpulan kecil disamping mengedarkan risalah tentang penilaian dan penarafan bintang tandas awam, melakukan operasi TAC (Tandas Apron dan Cap) , menganjurkan pertandingan Anugerah Tandas Bersih 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan 2016 dan 2017.

Dari aspek penafaran bintang, Datuk Zamri menjelaskan objektifnya ialah untuk mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan pemilik dan pengusaha premis tandas awam; mengikhtiraf dan menghargai pemilik premis makanan, pemilik tandas awam yang berjaya mengurus dengan cemerlang; membantu meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman tentang amalan penjagaan kebersihan tandas awam; dan seterusnya menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat rakyat dan pelancong.

Beliau terdahulu turun padang melawat tandas-tandas di sekitar bandar raya Ipoh bersama dengan Ahli Majlis, kakitangan MBI dengan jumlah yang terlibat seramai 150 orang.

Dua tandas telah dipilih iaitu tandas di Taman DR Seenivagam yang mencapai taraf 5 bintang dan tandas di Medan Selera Dato Sagor yang mencapai taraf 4 bintang.

“Program bagi meningkatkan tahap kebersihan tandas ini telah dibincangkan dalam Jawatankuasa Kebersihan Tandas Awam Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh yang sejajar dengan amanat Menteri Besar Perak untuk meningkatkan tahap kebersihan tandas awam di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh,” kata Datuk Zamri.

MBI memecahkan dua kategori tandas-tandas awam iaitu tandas awam milik majlis yang mana tandas tersebut diuruskan oleh pihak Majlis dan tandas awam milik swasta yang dikendalikan oleh pemilik bangunan atau premis perniagaan tersebut.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top