10/10/2017 — Kit Siang Tolak Anwar, Perguna Mahathir:- DS Dr Salleh Said Keruak Reviewed by Perak BN on . Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan menjadi bahan DAP dan seterusnya diperkotak-katikkan ol Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan menjadi bahan DAP dan seterusnya diperkotak-katikkan ol Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 10/10/2017 — Kit Siang Tolak Anwar, Perguna Mahathir:- DS Dr Salleh Said Keruak

10/10/2017 — Kit Siang Tolak Anwar, Perguna Mahathir:- DS Dr Salleh Said Keruak

perakbn Kit Siang Tolak Anwar, Perguna MahathirBekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan menjadi bahan DAP dan seterusnya diperkotak-katikkan oleh parti caunivis itu.

Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata dalam hal ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengawal permainan parti-parti pembangkang yang mana dua pemimpin tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PKR itu ditundukkan dengan mudah.

Kini, Kit Siang mengenepikan Datuk Seri Anwar dan mempergunakan Tun Dr. Mahathir untuk melindungi tujuan politik sebenar DAP.

“Sebab itulah Dr Mahathir sangat sensitif berhubung isu itu dan setiap kali ada pihak bercakap tentang Kit Siang menjadi Perdana Menteri, beliau akan jadi orang pertama menafikan dakwaan tersebut dan mempertahankan Kit Siang,” katanya.

Datuk Seri Dr Salleh Said yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata demikian menerusi kenyataan di sskeruak.blogspot.my. yang bertarikh hari ini.

Meskipun pelbagai penafian dilakukan Kit Siang untuk menutup agenda politiknya, namun hakikatnya dia ada pemimpin sebenar dan DAP mempunyai bilangan kerusi terbanyak di barisan pihak pembangkang.

“Ini bermakna beliau yang memutuskan siapa akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan selaku pemimpin de facto parti yang mempunyai bilangan kerusi terbanyak, pilihan tepat untuk perdana menteri ialah Kit Siang sendiri,” ulas Datuk Seri Dr Salleh Said.

Merujuk kepada sejarah Pakatan Pembangkang, Kit Siang merupakan individu yang sangat mempengaruhi sesuatu keputusan dan dalam erti kata lain, membuat keputusan untuk kumpulan itu.

“Apabila Pakatan Rakyat dibubar, Kit Siang yang buat keputusan itu secara sendirian dan Kit Siang juga yang putuskan untuk mengakhiri kerjasama dengan PAS sekalipun PKR tidak mahu.

“Ini akan berulang dalam isu siapa jadi perdana menteri sekiranya Pakatan menang PRU. Ini dibuktikan oleh rekod Pakatan sendiri,” kata Datuk Seri Dr Salleh.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top