10/10/2017 — Guru Agama Perlu Kurang Polemik, Elemen Negatif:- Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria Reviewed by Perak BN on . Bagi mengekalkan semangat ukhwah dalam kalangan umat, guru agama mempunyI peranannya yang penting. Oleh itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Isla Bagi mengekalkan semangat ukhwah dalam kalangan umat, guru agama mempunyI peranannya yang penting. Oleh itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Isla Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 10/10/2017 — Guru Agama Perlu Kurang Polemik, Elemen Negatif:- Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria

10/10/2017 — Guru Agama Perlu Kurang Polemik, Elemen Negatif:- Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria

perakbn Guru Agama Perlu Kurang Polemik, Elemen NegatifBagi mengekalkan semangat ukhwah dalam kalangan umat, guru agama mempunyI peranannya yang penting.

Oleh itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria meminta agar mereka lebih menumpukan kepada usaha membetulkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam masyarakat.

“Ustaz dan ustazah memainkan peranan yang cukup penting untuk membentuk modal insan akar umbi yang hebat di dunia dan akhirat,”katanya.

Tambahnya lagi, guru agama ini sekaligus juga perlu mengurangkan polemik dan seterusnya memberi fokus kepada sesuatu yang lebih positif.

Datuk Drs Mohd Nizar berkata demikian selepas merasmikan Simposium Kecemerlangan Pendidikan Islam & Bahasa Arab dan Multaqa Guru Pendidikan Islam Negeri Perak 2017 di Ipoh, pada Selasa.

Hampir 500 guru agama di seluruh negeri menghadiri simposium dan multaqa yang berlangsung sehari itu.

Terdahulu, beliau dalam ucapannya meminta para guru agama ini untuk memupuk mentaliti yang kuat dan jiwa besar memandangkan mereka menjadi rujukan masyarakat.

“Mereka tidak harus meminggirkan diri dan menganggap mereka hanya sekadar ustaz dan ustazah biasa sahaja.

“Ustaz dan ustazah adalah guru yang paling hebat kerana manpu mengajar agama kepada anak-anak dan ada juga yang mengajar sehingga anak-anak murid khatam Al-Quran, ia sesuatu yang cukup hebat,”demikian ucapannya.

Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013 – 2025 guru agama ini disasarkan untuk mempunyai lima ciri iaitu – mudarris, muallim, murabbi, muaddib dan mursyid.

Kata Datuk Drs Mohd Nizar ciri-ciri tersebut dilihat mampu mengangkat mereka untuk menjadi pendidik yang unggul.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top