09/10/2017 — RBS, Rism Nilai Semula Status Fizikal Pembangunan:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi Reviewed by Perak BN on . Setiap bangunan tahfiz, rumah anak yatim, sekolah agama, tadika, pusat jagaan kanak-kanak dan orang tua perlu dinilai semula status fizikalnya, demikian kata Ti Setiap bangunan tahfiz, rumah anak yatim, sekolah agama, tadika, pusat jagaan kanak-kanak dan orang tua perlu dinilai semula status fizikalnya, demikian kata Ti Rating: 0
You Are Here: Home » General » 09/10/2017 — RBS, Rism Nilai Semula Status Fizikal Pembangunan:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

09/10/2017 — RBS, Rism Nilai Semula Status Fizikal Pembangunan:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

perakbn RBS Rism Nilai Semula Status Fizikal PembangunanSetiap bangunan tahfiz, rumah anak yatim, sekolah agama, tadika, pusat jagaan kanak-kanak dan orang tua perlu dinilai semula status fizikalnya, demikian kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri DirajaDr Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru, arahan telah dikeluarkan kepada Persatuan Juruukur Bangunan Berdaftar Malaysia (RBS) dan Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (Rism) untuk melakukan kerja berkenaan agar kejadian tidak diingini dapat dielakkan.

“Berikutan kejadian kebakaran di bangunan Asrama Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung bulan lalu, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pasukan Petugas Khas Sekolah-Sekolah yang saya pengerusikan sendiri.

“Kita telah bermesyuarat dan meneliti beberapa perkara yang boleh diperbaiki secepat mungkin termasuk memastikan piawaian dan kesihatan setiap premis terlibat dipatuhi,” katanya.

Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahi berkata demikian semasa berucap pada majlis penyerahan rumah baharu kepada 11 keluarga mangsa kebakaran di Kampung Batu 9, Hutan Melintang, Bagan Datuk, pada Ahad.

Hadir sama Pegawai Daerah Bagan Datuk, Datuk Hamzah Hussin dan ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Menerusi serahan rumah bantuan itu, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata pembinaan rumah yang hanya mengambil masa enam bulan untuk disiapkan membuktikan komitmen kerajaan untuk membantu rakyat meningkatkan taraf hidup terutama bagi mereka yang berdepan dengan bencana.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top