09/10/2017 — Pusingan U 360 Kit Siang Mencurigakan:- TS Shahrizat Abdul Jalil Reviewed by Perak BN on . Membenarkan musuh selama 40 tahun menjadi ketua dilihat sebagai ada sesuatu yang tidak kena. Dalam hal ini, Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil men Membenarkan musuh selama 40 tahun menjadi ketua dilihat sebagai ada sesuatu yang tidak kena. Dalam hal ini, Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil men Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 09/10/2017 — Pusingan U 360 Kit Siang Mencurigakan:- TS Shahrizat Abdul Jalil

09/10/2017 — Pusingan U 360 Kit Siang Mencurigakan:- TS Shahrizat Abdul Jalil

perakbn Pusingan U 360 Kit Siang MencurigakanMembenarkan musuh selama 40 tahun menjadi ketua dilihat sebagai ada sesuatu yang tidak kena.

Dalam hal ini, Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mendesak Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk membuktikan sokongannya terhadap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan bermotifkan agenda politik peribadi semata-mata.

“Kit Siang juga mengambil langkah luar biasa sehinggakan sanggup bersetuju di atas pelantikan Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan sedangkan beliau bukanlah seorang ahli Parlimen.

“Rakyat ingin tahu apa muslihat sebenarnya Kit Siang membuat pusingan U 360 darjah dan sanggup mengadakan pakatan dengan musuh utamanya iaitu Dr. Mahathir,” katanya.

Tan Sri Shahrizat dalam kenyataannya juga menganggap tindakan Kit Siang itu sesuatu yang mencurigakan dan seperti ada muslihat yang tersembunyi.

Dalam hal lain, beliau menyeru jentera Wanita UMNO dan ahli-ahli parti supaya menangkis tohmahan pembangkang yang sering bertujuan mengelirukan pengundi.

“Jentera Wanita UMNO dan ahli-ahli parti perlu sentiasa bersedia menghadapi serta mampu kalis fitnah dan tohmahan pembangkang yang menggunakan pelbagai dakyah untuk mengelirukan pengundi menje­lang Pilihan Raya Umum Ke-14,” Tan Sri Shahrizat dalam kenyataannya, semalam.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top