09/10/2017 — DAP Akur Keputusan RoS, Pemilihan Semula Pada 12 November Reviewed by Perak BN on . Setelah sekian lama senyap tentang tarikh pemilihan semula jawatan Jawatankuasa Pusat Parti (CEC) DAP, akhirnya parti itu akur dengan tarikh 12 November ini. Da Setelah sekian lama senyap tentang tarikh pemilihan semula jawatan Jawatankuasa Pusat Parti (CEC) DAP, akhirnya parti itu akur dengan tarikh 12 November ini. Da Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 09/10/2017 — DAP Akur Keputusan RoS, Pemilihan Semula Pada 12 November

09/10/2017 — DAP Akur Keputusan RoS, Pemilihan Semula Pada 12 November

perakbn DAP Akur Keputusan RoS, Pemilihan Semula Pada 12 NovemberSetelah sekian lama senyap tentang tarikh pemilihan semula jawatan Jawatankuasa Pusat Parti (CEC) DAP, akhirnya parti itu akur dengan tarikh 12 November ini.

Dalam satu sidang media di Selangor hari ini, Setiausaha Agungnya yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng telah membuat pengumuman tarikh berkenaan.

Jabatan Pendaftar (RoS) pada Juali lalu mengeluarkan surat rasmi mengarahkan DAP mengadakan pemilihan CEC yang baharu kerana pelantikan 2013 dianggap tidak sah.

Sehubungan itu, pemilihan semula ini dibuat bagi membolehkan perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf.

Sebelum ini, pelbagai desakan dilakukan oleh ahli DAP sendiri yang menggesa kepimpinan menyegerakan pemilihan semula itu.

Dimaklumkan bahawa jumlah pewakilan dan cawangan yang sepatutnya layak membuat pemilihan semula adalah melibatkan 2,576 perwakilan dan 865 cawangan.

Pada pemilihan tahun 2013, sebanyak 120 cawangan baharu yang tidak pasti kesahihannya telah mempengaruhi pemilihan tersebut.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top