08/10/2017 — Tubuh Dana Khas Bantu Pelajar Lanjutkan Pelajaran:- Datuk C Sivarraajh Reviewed by Perak BN on . Ketua Pemuda MIC, Datuk C Sivarraajh mencadangkan supaya satu mekanisme pendanaan ditubuhkan oleh kerajaan bagi membantu pelajar berpotensi melanjutkan pelajara Ketua Pemuda MIC, Datuk C Sivarraajh mencadangkan supaya satu mekanisme pendanaan ditubuhkan oleh kerajaan bagi membantu pelajar berpotensi melanjutkan pelajara Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 08/10/2017 — Tubuh Dana Khas Bantu Pelajar Lanjutkan Pelajaran:- Datuk C Sivarraajh

08/10/2017 — Tubuh Dana Khas Bantu Pelajar Lanjutkan Pelajaran:- Datuk C Sivarraajh

perakbn Tubuh Dana Khas Bantu Pelajar Lanjutkan PelajaranKetua Pemuda MIC, Datuk C Sivarraajh mencadangkan supaya satu mekanisme pendanaan ditubuhkan oleh kerajaan bagi membantu pelajar berpotensi melanjutkan pelajaran mereka.

Katanya menerusi pembiayaan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), ia hanya mampu memberi peluang kepada bilangan pelajar cemerlang yang terhad.

“Kita selalu mendengar tentang pelajar yang telah mendapat markah baik dalam peperiksaan mereka (seperti 11A dalam SPM dan lulus penuh dalam STPM ) tetapi tidak mendapat biasiswa atau kursus yang diingini di universiti awam.

“Peluang di bawah JPA bagi biasiswa kerajaan, terutamanya bagi pelajar Malaysia yang belajar di luar negara, telah menyebabkan juga pelajar yang mencatatkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan tidak dapat meneruskan impian mereka kerana mereka tidak dapat memperoleh kursus pilihan atau biasiswa mereka,” kata Datuk Sivarraajh dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya lagi, negara ini menghasilkan ramai pelajar yang lebih cemerlang justeru seharusnya satu mekanisme dihasilkan untuk memastikan pelajar berkenaan mampu menerima pendidikan yang sepadan.

Ini juga sebagai satu bentuk pelaburan jangka masa panjang yang mana ia seterusnya mampu meningkatkan status sosio ekonomi rakyat di negara ini.

“Walaupun kerajaan melaksanakan pemotongan belanjawan untuk mengurangkan beban ekonomi, kerajaan kini perlu mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikan bahawa pemotongan itu tidak menjejaskan peluang pelajar terutamanya selepas mereka mendapat keputusan akademik yang cemerlang,”kata Datuk Sivarraajh lagi.

Meskipun beliau bercakap dalam konteks masyarakat India, namun jelasnya masalah ini menjadi salah satu isu melibatkan pelajar dari pelbagai latar belakang bangsa di negara ini.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top