08/10/2017 — Nga Tahu Ke Apa ‘Pengundi Hantu’?:- Datuk Saarani Mohamad Reviewed by Perak BN on . Meskipun Pengerusi DAP, Nga Kor Ming menjadi wakil rakyat sejak tahun 1995, namun ia tidak menampakkan pemahamannya tinggi mengenai erti 'pengundi hantu'. Ini j Meskipun Pengerusi DAP, Nga Kor Ming menjadi wakil rakyat sejak tahun 1995, namun ia tidak menampakkan pemahamannya tinggi mengenai erti 'pengundi hantu'. Ini j Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 08/10/2017 — Nga Tahu Ke Apa ‘Pengundi Hantu’?:- Datuk Saarani Mohamad

08/10/2017 — Nga Tahu Ke Apa ‘Pengundi Hantu’?:- Datuk Saarani Mohamad

perakbn Nga Tahu Ke Apa Pengundi HantuMeskipun Pengerusi DAP, Nga Kor Ming menjadi wakil rakyat sejak tahun 1995, namun ia tidak menampakkan pemahamannya tinggi mengenai erti ‘pengundi hantu’.

Ini jelas apabila beliau membuat dakwaan terdapat 56, 323 pengundi hantu yang dibawa Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 PRU14.

“Nga Faham ke pengundi hantu apa?

“Pengundi hantu ini ialah pengundi tidak wujud secara fizikal tapi namanya ada dalam pendaftar pemilih dan bila mengundi dia datang mengundi. Itu bukan namanya pengundi hantu.

“Jika pendaftar itu ada dan pada hari pengundi dia ada maka dia bukan pengundi hantu ,” sindir Timbalan Pengerusi BN negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Dalam hal ini, beliau berkata bahawa pembangkang sepatutnya lebih profesional dengan menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) kerana pihak itu menyediakan ruang selama dua minggu untuk sebarang bantahan mengenai senarai nama daftar pemilih berdaftar.

Pada PRU ke-13, pembangkang termasuk ketuanya ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menuduh bahawa BN membawa 40,000 pengundi dari Bangladesh bagi memilih BN.

“Kita minta bukti sehingga sekarang baik Datuk Seri Anwar atau Nga masih gagal tunjuk bukti ada pengundi haram dari Bangladesh yang daftar sebagai pengundi di Perak,” katanya pada sesi sidang media khas di Ipoh, pada Ahad.

Sidang media itu bertujuan menjelaskan segala yang didakwa Nga terhadap BN yang kononnya membawa masuk pengundi asing bagi PRU akan datang.

Merujuk kepada analisis dan kajian oleh pihak luar, BN dijangka memperoleh undian tambahan 10 peratus bagi pengundi Melayu dan lima peratus daripada masyarakat Cina.

Namun, bagi DAP kenyataan itu dengan sengaja diselewengkan apabila mengubah andaian itu seperti pembangkang yang berjaya meningkatkan sokongan.

“Kita yakin menang sekurang-kurangnya 39 kerusi (pada PRU14). Itu (analisis) sebenarnya fikiran ‘reverse psychology’ Lim Kit Sianh (Penasihat DAP) yang terbaliknya dapatan analisis.

“Kiraan bukan dibuat oleh BN tetapi juga badan-badan bebas yang berpendapat sama. Oleh itu dia cari asalan untuk kalah (PRU14)…ini style Nga Kor Ming,” ujar Datuk Saarani.

Sementara itu, beliau turut mencabar Nga untuk memberi penjelasan mengenai maklumat daftar pemilih yang mendapati sebanyak 607 orang pengundi Cina dari Perak telah berdaftar ke kawasan Teberau, 443 pengundi berpindah ke Pulai serta 311 berdaftar di Gelang Patah.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top