08/10/2017 — Kenyataan Angka, Nga Ketahui Kegagalan Pembangkang Kuasai Perak:- Datuk Saarani Mohamad Reviewed by Perak BN on . Dakwaan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang berasaskan pada sesuatu angka, membuktikan parti itu yakin kekalahan mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan dat Dakwaan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang berasaskan pada sesuatu angka, membuktikan parti itu yakin kekalahan mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan dat Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 08/10/2017 — Kenyataan Angka, Nga Ketahui Kegagalan Pembangkang Kuasai Perak:- Datuk Saarani Mohamad

08/10/2017 — Kenyataan Angka, Nga Ketahui Kegagalan Pembangkang Kuasai Perak:- Datuk Saarani Mohamad

perakbn Kenyataan Angka, Nga Ketahui Kegagalan Pembangkang Kuasai PerakDakwaan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang berasaskan pada sesuatu angka, membuktikan parti itu yakin kekalahan mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad menyelar dakwaan pemimpin itu yang menuduh BN membawa pengundi hantu pada PRU ke-14 nanti.

“Saya mengenalinya (Nga) seorang yang suka menyebut angka-angka tapi dia tahu angka itu tidak betul tetapi ia bertujuan menarik dan meyakinkan orang kononnya angka itu betul padahal dia reka angka itu.

“Dia percaya angka (rekaannya) itu betul dan lemparkan pada orang ramai.

“Ini sangat merbahaya apabila dia berbohong pada diri dan percaya bohong itu betul,” ujar beliau.

Nga melemparkan tuduhan bahawa BN telah membawa 56,323 pengundi hantu untuk berdaftar di negeri Perak.

Selar Datuk Saarani lagi, tindakan itu sekaligus menunjukkan pembangkang sedang mencari alasan baginya mencanang pada rakyat jika pihaknya kalah pada PRU nanti.

Merujuk kepada statistik terkini yang dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah pengundi Melayu telah meningkat lebih 50 peratus.

“Itu yang menimbulkan keresahan Nga Kor Ming sebab dia nampak pengundi Melayu tambah.

“Jadi sebab kesan itu dia reka cipta BN bawa pengundi hantu,” jelas Datuk Saarani lagi.

Daftar pemilih yang dikeluarkan yang terbaru digazetkan berakhir 30 Jun 2017 menunjukkan peningkatkan jumlah pengundi Melayu di negeri Perak melepasi 50 peratus iaitu 50.43 peratus.

Secara umumnya, pembangkang khususnya DAP telah mengkategorikan Perak sebagai kawasan pengundi Cina, namun selepas jumlah peningkatan itu dimaklumkan, ia sekaligus menjadi faktor DAP tidak senang duduk.

Datuk Saarani berkata demikian pada sesi sidang media khas di Ipoh, hari ini.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top