07/10/2017 — Unsur Sabotaj, Cabaran Besar BN Raih Kerusi Cameron Highlands:- Datuk C Sivarraajh Reviewed by Perak BN on . Kerusi Parlimen Cameron Highlands mampu dipertahankan oleh parti MIC sekiranya diberikan peluang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti. Kata Ket Kerusi Parlimen Cameron Highlands mampu dipertahankan oleh parti MIC sekiranya diberikan peluang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti. Kata Ket Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 07/10/2017 — Unsur Sabotaj, Cabaran Besar BN Raih Kerusi Cameron Highlands:- Datuk C Sivarraajh

07/10/2017 — Unsur Sabotaj, Cabaran Besar BN Raih Kerusi Cameron Highlands:- Datuk C Sivarraajh

perakbn Unsur Sabotaj Cabaran Besar BN Raih Kerusi Cameron Highlands

Kerusi Parlimen Cameron Highlands mampu dipertahankan oleh parti MIC sekiranya diberikan peluang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Kata Ketua Pemuda MIC, Datuk C Sivarraajh, selaku Penyelaras Parlimen tersebut beliau mendapati masyarakat tempatan bukan menolak Barisan Nasional (BN), sebaliknya eleman sabotaj menjadi cabaran untuk diatasi.

” Saya lihat sekarang pun ramai telah kembali kepada BN dan ada antara mereka mengatakan telah ‘diracun’ pada PRU yang lepas untuk mengubah kerajaan.

“Pembangkang di sini datang bermusim terutama ketika menjelang PRU dan mereka ini menjanjikan pelbagai perkara kepada pengundi. Selepas PRU mereka akan hilang dan janji hanya tinggal janji,”katanya ketika temu bual khas dengan pemberita.

Tambahnya lagi, dari segi penyampaian perkhidmatan, pihaknya lebih fokus kepada pengurusan mikro iaitu mendekati pengundi dengan lebih telus, menerima kritikan dan pada masa yang sama mencari punca kenapa mereka melemparkan kritikan.

“Berdasarkan kapasiti itu saya berada di sini untuk berjumpa dengan semua penduduk khususnya masyarakat akar umbi bagi mengetahui keperluan, masalah, cabaran yang dilalui mereka,” ujar Datuk Sivarraajh yang turut berharap MIC akan dikekalkan sebagai wakil BN di kawasan ini pada pilihan raya akan datang.

Mengulas tentang penelitiannya terhadap politik pembangkang di sini, beliau yakin ia seperti hangat-hangat tahi ayam.

“Rasanya sudah dua penggal pengundi di sini telah ditipu jadi masuk kali ketiga ini mereka (pengundi) tidak lagi mahu terpedaya dengan janji pembangkang. Saya percaya gandingan kekuatan jentera parti di antara UMNO, MIC, MCA dan Gerakan di DUN Tanah Rata serta Jelai kita dapat pengundi majoriti,” katanya lagi.

Kerusi Parlimen Cameron Highlands dimenangi Datuk Seri G Palanivel pada PRU13 yang lalu, namun kata Datuk Sivarraajh, kepimpinan tertinggi BN pernah memberitahu bahawa mahu kerusi ini perlu dikekalkan untuk MIC.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top