07/10/2017 — Sumbangan Deepavali Bukan Gimik Pilihan Raya:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Penyampaian sumbangan sempena perayaan Deepavali bukanlah dilakukan apabila tibanya pilihan raya, sebaliknya ia sebahagian bantuan yang diberikan kerajaan kepad Penyampaian sumbangan sempena perayaan Deepavali bukanlah dilakukan apabila tibanya pilihan raya, sebaliknya ia sebahagian bantuan yang diberikan kerajaan kepad Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 07/10/2017 — Sumbangan Deepavali Bukan Gimik Pilihan Raya:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

07/10/2017 — Sumbangan Deepavali Bukan Gimik Pilihan Raya:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Sumbangan Deepavali Bukan Gimik Pilihan Raya

Penyampaian sumbangan sempena perayaan Deepavali bukanlah dilakukan apabila tibanya pilihan raya, sebaliknya ia sebahagian bantuan yang diberikan kerajaan kepada mereka yang memerlukan.

Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata sumbangan dan bantuan seumpama itu juga dilakukan bagi setiap musim perayaan yang lain.

“Ia bukanlah kali pertama dilakukan, jika ada yang mengatakan bahawa ini dilakukan bila tibanya pilihan raya.

Seperti yang diambil maklum oleh rakyat di negeri Perak, kita beri bantuan kepada mereka yang layak dan dikenal pasti,” jelas beliau.

Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan bantuan Deepavali itu kepada 1,500 penerima di sekitar kawasan parlimen Lumut di Manjung, pada Sabtu.

Jelas Datuk Seri Diraja Dr Zambry lagi, kerajaan negeri akan sentiasa melaksanakan pemberian bantuan ini secara berterusan bagi mengurang beban rakyat terutama golongan miskin.

“Sumbangan berupa wang tunai serta makanan seperti beras dan keperluan dapur, diberikan kepada mereka yang dianggap layak menerima bantuan untuk membantu persiapan mereka sempena Deepavali akan datang,” katanya.

Datuk Seri Diraja Dr Zambry yang juga ADUN Pangkor menambah program tahunan itu diharapkan dapat membantu penerimanya dan sumbangan hari ini dibahagikan mengikut tiga pecahan iaitu di kawasan Manjung, Sungai Wangi dan Pulau Pangkor.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top