07/10/2017 — Guan Eng Buat Kenyataan Dangkal:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Kenyataan mengaitkan hubungan parti UMNO dengan Parti Komunis Cina sebagai UMNO parti komunis dan anti-agama sememangnya tidak wajar malah ia mendangkalkan. Dem Kenyataan mengaitkan hubungan parti UMNO dengan Parti Komunis Cina sebagai UMNO parti komunis dan anti-agama sememangnya tidak wajar malah ia mendangkalkan. Dem Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 07/10/2017 — Guan Eng Buat Kenyataan Dangkal:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

07/10/2017 — Guan Eng Buat Kenyataan Dangkal:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

Kenyataan mengaitkan hubungan parti UMNO dengan Parti Komunis Cina sebagai UMNO parti komunis dan anti-agama sememangnya tidak wajar malah ia mendangkalkan.

Demikian reaksi balas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Perak, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mengenai tuduhan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu menerusi laman twitternya kelihatan sengaja ingin mengundang kebencian rakyat kepada UMNO apabila mempertikaikan gambar pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Razak dengan Presiden Cina.

“Saya agak hairan macam mana sebuah kenyataan yang begitu dangkal hendak dihujahkan; seolah-olah kita anti-agama.

“Kenapa dia tidak sebut sepertikita mengadakan hubungan parti dengan Amerika Syarikat, dan di Turki umpamanya, kenapa tidak sebut parti dengan negara lain yang UMNO juga punyai hubungan antara parti.

” Jadi saya anggap ini satu kenyataan dangkal dan orang akan momokkan dia balik,” ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

perakbn Guan Eng Buat Kenyataan DangkalTambahnya, DAP juga diyakini mempunyai hubungan dengan pelbagai parti di negara luar.

Namun demikian, ia juga tidak wajar mengatakan parti tersebut mempunyai agenda yang sama dengan rakan partinya itu.

“Kita (UMNO/BN) mempunyai hubungan dengan semua (pihak) bergantung kedudukan sesebuah negara itu sistem yang dipakai negara itu. Saya yakin DAP pun ada hubungan secara langsung dan tidak langsung.

“Tetapi kita tidak boleh cakap bila DAP berhubung dan berjabat tangan dengan pemimpin-pemimpin Cina, maka pemimpin DAP jadi komunis, jadi kalau itu alasan yang DAP nak gunakan untuk membelasah UMNO seolah-olah siapa pengkhianat dan anti-agama semata-mata kerana hubungan antara parti ke parti, ia tidak wajar.

“Kita mempunyai hubungan parti pelbagai di seluruh dunia dan ini saya anggap hujah Guan Eng politik yang dangkal,” tegasnya sekali lagi.

Datuk Seri Diraja Dr Zambry berkata demikian ketika ditemui pemberita di Manjung, hari ini.

Menteri Besar itu turut menasihatkan Guan Eng supaya lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan.

“Jangan buat tuduhan dangkal menyebabkan orang menuding balik pada parti dia. Ia semata-mata kerana beliau marah pada UMNO,” demikian tegurannya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top