05/10/2017 — Sindiket Curi Pasir Tumpas, Pemandu Lori Cuba Loloskan Diri:- PTG Perak Reviewed by Perak BN on . Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak mengesan modus operandi kegiatan mencuri pasir di Daerah Selama melibatkan lokasi di Tebing Tinggi dan hasil risikan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak mengesan modus operandi kegiatan mencuri pasir di Daerah Selama melibatkan lokasi di Tebing Tinggi dan hasil risikan Rating: 0
You Are Here: Home » General » 05/10/2017 — Sindiket Curi Pasir Tumpas, Pemandu Lori Cuba Loloskan Diri:- PTG Perak

05/10/2017 — Sindiket Curi Pasir Tumpas, Pemandu Lori Cuba Loloskan Diri:- PTG Perak

perakbn Sindiket Curi Pasir Tumpas, Pemandu Lori Cuba Loloskan Diri PTG PerakPejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak mengesan modus operandi kegiatan mencuri pasir di Daerah Selama melibatkan lokasi di Tebing Tinggi dan hasil risikan satu operasi mengejut dilakukan.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, kerja-kerja mencuri pasir dilakukan selepas waktu bekerja terutama sebelum pukul 8.00 pagi yang mana ia adalah kesalahan di bawah seksyen 426 Kanun Tanah Negara.

“Kegiatan licik mereka ini telah lama dihidu oleh pihak penguatkuasa PTG namun pihak PTG menghadapi masalah untuk memasuki kawasan ini atas beberapa faktor.

“Untuk makluman, waktu operasi yang dibenarkan untuk menjalankan kerja-kerja tanah dan pemindahan bahan batuan adalah bermula pada pukul 8.00 pagi hingga pukul 6.00 petang mengikut pekeliling PTG Bil. 3/2015 yang telah dikeluarkan,” katanya.

Hasil operasi mengejut, pihak penguatkuasa telah menahan dua buah lori yang dipercayai keluar dari sebuah tapak permit pada sekitar pukul 7.30 petang.

Menurut kenyataan itu lagi, setelah pemeriksaan dilakukan pemandu lori cuba memperdaya anggota penguatkuasa dengan menunjukkan doket yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah.

“Setelah diselidik dan dengan maklumat risikan didapati pemandu lori telah menipu bagi meloloskan diri daripada dikenakan tindakan,” jelasnya.

Semasa operasi dilakukan, pihak PTG Negeri Perak membahagikan anggotanya kepada dua kumpulan yang mana lori yang ditahan pada awalnya dibawa ke Pejabat Daerah dan Tanah Selama untuk sitaan.

“Kumpulan kedua telah pergi ke lokasi kawasan permit yang dipercayai melakukan kecurian pasir sungai.

“Setelah tiba di lokasi tersebut, terdapat sebuah mesin pengorek sedang menjalankan kerja-kerja tanah dan sebuah pam pasir sedang beroperasi.

“PTG telah menghubungi ibu pejabat daerah Polis Selama bagi memohon bantuan anggota polis untuk turut membantu melancarkan proses menghentikan operasi mengorek dan pam pasir,” katanya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top