05/10/2017 — DAP Sambil Lewa Mahu Adakan Pemilihan Semula CEC :- S Vijayan Reviewed by Perak BN on . DAP didesak bagi mengumumkan secara rasmi dan terbuka mengenai tarikh dan lokasi pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) seperti diarahkan Jabatan P DAP didesak bagi mengumumkan secara rasmi dan terbuka mengenai tarikh dan lokasi pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) seperti diarahkan Jabatan P Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 05/10/2017 — DAP Sambil Lewa Mahu Adakan Pemilihan Semula CEC :- S Vijayan

05/10/2017 — DAP Sambil Lewa Mahu Adakan Pemilihan Semula CEC :- S Vijayan

perakbn DAP Sambil Lewa Mahu Adakan Pemilihan SemulaDAP didesak bagi mengumumkan secara rasmi dan terbuka mengenai tarikh dan lokasi pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) seperti diarahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Keengganan parti itu yang sehingga kini tidak mengambil tindakan, kata bekas Setiausaha DAP Cawangan Taman Bukit Emas, S. Vijayan ibarat ia disengajakan dan diambil remeh oleh kepimpinan parti itu.

“Kami perwakilan dan ahli DAP hendak tahu mengapa sampai sekarang DAP masih belum beritahu kami tarikh dan tempat pemilihan semula mahu diadakan. Sudah berapa lama sejak ROS mengarahkan DAP membuat pemilihan semula berdasarkan kepada senarai perwakilan 2012. DAP terutama Penasihatnya, Lim Kit Siang harus ajar orang kuatnya apa erti telus dan cekap,” katanya pada satu sidang media di Negeri Sembilan, semalam.

Tegasnya, kedegilan peringkat kepimpinan tidak dapat diterima oleh akar umbi yang mahu parti yang kononnya perjuangan ketelusan dan integriti; perlu patuh pada undang-undang.

Sikap sambil lewa yang ditunjukkan sekaligu menimbulkan rasa tidak senang dan resah dalam kalangan ahli memandangnya pilihan raya akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

“ DAP mungkin tidak dibenarkan menggunakan logonya sekiranya isu pemilihan itu tidak diselesaikan segera.

“Adakah ini menunjukkan bahawa DAP sengaja hendak mengelirukan para perwakilan dan ahli-ahlinya? Sepatutnya kongres kebangsaan yang perlu diutamakan dan bukannya kongres khas seperti dikehendaki pemimpin tertentu,” selsr beliau.

Terdahulu Vijayan menjelaskan jumlah pewakilan dan cawangan yang sepatutnya layak membuat pemilihan semula iaitu melibatkan 2,576 perwakilan dan 865 cawangan yang berdaftar pada tahun 2012.

Pada pemilihan tahun 2013, sebanyak 120 cawangan baharu yang tidak pasti kesahihannya telah mempengaruhi pemilihan pada tahun 2013.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top