04/10/2017 — Tempoh Berkabung Sehingga Selesai Pemakaman:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Sempena dengan kemangkatan Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Kerajaan Negeri menetapkan tempoh berkabung adalah sehingga selesai istiadat Sempena dengan kemangkatan Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Kerajaan Negeri menetapkan tempoh berkabung adalah sehingga selesai istiadat Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 04/10/2017 — Tempoh Berkabung Sehingga Selesai Pemakaman:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

04/10/2017 — Tempoh Berkabung Sehingga Selesai Pemakaman:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Tempoh Berkabung Sehingga Selesai PemakamanSempena dengan kemangkatan Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Kerajaan Negeri menetapkan tempoh berkabung adalah sehingga selesai istiadat pemakaman, kata Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau dalam kenyataannya memaklumkan atas titah Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah semua bendera negeri hendaklah dikibarkan separa tiang.

“Saya Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, mewakili seluruh rakyat jelata negeri Perak Darul Ridzuan merafak sembah takziah dan mendoakan semoga roh Almarhumah Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah subhanahuwataala dalam kalangan para solehah,” katanya.

Almarhumah Raja Nor Mahani telah mangkat pada hari semalam, 3 Oktober 2017.

Menurut Datuk Seri Diraja Dr Zambry, jenazah Almarhumah akan disemayamkan di Istana Ar-Ridzuan, Jalan Raja Di Hilir, Ipoh.

Rakyat jelata boleh memberi penghormatan terakhir mulai pukul 10.00 pagi hingga 11.30 pagi hari ini manakala bagi pembesar negeri dan orang kenamaan bermula pukul 11.30 pagi.

‘Jenazah Almarhumah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku akan dimakamkan di Makam DiRaja Kuala Kangsar selepas solat Asar pada hari Rabu, 4 Oktober 2017 masihi bersamaan 13 Muharram 1439 Hijrah,” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top