04/10/2017 — Perhimpunan Agung UMNO 2017 Tetap Dilangsungkan:- DSD Ab. Rauf Yusoh Reviewed by Perak BN on . Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang dijangka berlangsung dari 5 hingga 9 Disember 2017 akan diadakan meskipun tarikh itu akan bertembung dengan Pilihan Raya Umum K Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang dijangka berlangsung dari 5 hingga 9 Disember 2017 akan diadakan meskipun tarikh itu akan bertembung dengan Pilihan Raya Umum K Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 04/10/2017 — Perhimpunan Agung UMNO 2017 Tetap Dilangsungkan:- DSD Ab. Rauf Yusoh

04/10/2017 — Perhimpunan Agung UMNO 2017 Tetap Dilangsungkan:- DSD Ab. Rauf Yusoh

perakbn Perhimpunan Agung UMNO 2017 Tetap DilangsungkanPerhimpunan Agung UMNO 2017 yang dijangka berlangsung dari 5 hingga 9 Disember 2017 akan diadakan meskipun tarikh itu akan bertembung dengan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Jelas Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh, kelangsungan mesyuarat itu adalah selaras dengan peruntukan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Parti dan peraturan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Perhimpunan Agung UMNO tidak boleh ditangguhkan, sama ada pilihan raya akan diadakan atau tidak pada, sebelum atau selepas tarikh tersebut, perhimpunan ini mesti diadakan seperti yang ditetapkan,” katanya.

Sekiranya, tarikh pilihan raya itu diadalah terlebih awal daripada tarikh perhimpunan UMNO, beliau berkata ia tidak menjadi masalah dan jika ia diadakan selepas perhimpuan, ia mungkin mengundang suasana yang berbeza.

“… jika ia (PRU14) mungkin diadakan selepas perhimpunan, maka ‘mood’nya mungkin berbeza, kita tidak tahu,” kata Datuk Seri Ab. Rauf selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Media Perhimpunan Agung UMNO 2017 di ibu negara, pada Selasa.

Mesyuarat penyelerasan ini diadakan bagi memberi taklimat awal kepada kesemua wakil media daripada setiap agensi mengenai perjalanan Perhimpunan Agung UMNO 2017.

Ke arah persiapan kepada Perhimpunan UMNO itu, beliau berkata pihaknya sedang mengumpul usul-usul untuk diperhalusi sebelum dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO.

Kata Datuk Seri Ab. Rauf lagi, semakan usul itu termasuklah perkara berkaitan pilihan raya yang dibawakan oleh peringkat bahagian.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top