03/10/2017 — Mohon Wartakan Perumahan Bandar Seri Botani Di Bawah MDBG:- Datuk Mohd Yusoff Kasim. Reviewed by Perak BN on . Ketua Ahli Majlis Daerah Batu Gajah, Datuk Mohd Yusoff Kasim memohon pertimbangan bagi mewartakan kawasan perumahan di Bandar Seri Botani supaya berada di bawah Ketua Ahli Majlis Daerah Batu Gajah, Datuk Mohd Yusoff Kasim memohon pertimbangan bagi mewartakan kawasan perumahan di Bandar Seri Botani supaya berada di bawah Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 03/10/2017 — Mohon Wartakan Perumahan Bandar Seri Botani Di Bawah MDBG:- Datuk Mohd Yusoff Kasim.

03/10/2017 — Mohon Wartakan Perumahan Bandar Seri Botani Di Bawah MDBG:- Datuk Mohd Yusoff Kasim.

perakbn Mohon Wartakan Perumahan Bandar Seri Botani Di Bawah MDBG

Ketua Ahli Majlis Daerah Batu Gajah, Datuk Mohd Yusoff Kasim memohon pertimbangan bagi mewartakan kawasan perumahan di Bandar Seri Botani supaya berada di bawah pentadbiran daerah berkenaan.

Jelas beliau, kedudukan kawasan perumahan tersebut yang berada dalam mukim Sungai Raia adalah tertakluk kepada pentadbiran MDBG seperti melibatkan urusan pengurusan hal-hal Pejabat Tanah.

“Tetapi, untuk urusan seperti cukai pintu, ia pergi kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

“Jadi itu yang kita berusaha untuk menyelaraskan supaya persempadanan itu mengikut daerah ataupun daerah-daerah kecil,” ujar beliau.

Menurutnya lagi, menerusi laporan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) kawasan berkenaan digazetkan dibawah daerah Batu Gajah sejak dua tahun lalu.

Sehubungan dengan ini, Datuk Mohd Yusoff meminta kerjasama Kerajaan Negeri membantu dalam hal ini yang mana ia juga antara langkah menaikkan taraf perbandaran Batu Gajah.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Angkat Sumpah Yang Dipertua yang baharu, Mohd Razif Ramli di hadapan Pihak Berkuasa Tempatan di Bangunan Majlis Daerah Batu Gajah, pada Selasa.

Kata Datuk Mohd Yusoff lagi hal ini sudah berada dalam peringkat perbincangan awal dan ia seterusnya akan dibawa kepada Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir untuk tindakan lanjut.

Beliau sebelum itu turut menyatakan bahawa di pihak MDBG, terdapat beberapa kawasan yang dibangunkan sepatutnya menjadi hak daerah tersebut, namun pihaknya tidak membuat sebarang cadangan atau tuntutan.

“Sebagai contoh, bangunan Pusat Kegiatan Masyarakat (Kemas) dan RTC Gopeng sepatutnya pergi ke kawasan Kinta, tetapi ia diberikan kepada Majlis Daerah Kampar.

“Boleh sahaja kami minta, tetapi tidak, malah kami tetap membantu (Majlis Daerah) Kampar,” ujar beliau.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top