30/09/2017 — Kit Siang Tidak Bertamadun, Hilang Adab:- TS Dzulkifli Ahmad Reviewed by Perak BN on . Melabelkan dan menyamakan seseorang dengan binatang seperti 'monyet' adalah sikap diluar ketamadunan manusia. Mengula lanjut perkara itu, Ketua Suruhanjaya Penc Melabelkan dan menyamakan seseorang dengan binatang seperti 'monyet' adalah sikap diluar ketamadunan manusia. Mengula lanjut perkara itu, Ketua Suruhanjaya Penc Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 30/09/2017 — Kit Siang Tidak Bertamadun, Hilang Adab:- TS Dzulkifli Ahmad

30/09/2017 — Kit Siang Tidak Bertamadun, Hilang Adab:- TS Dzulkifli Ahmad

perakbn Kit Siang Tidak Bertamadun, Hilang AdabMelabelkan dan menyamakan seseorang dengan binatang seperti ‘monyet’ adalah sikap diluar ketamadunan manusia.

Mengula lanjut perkara itu, Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad meminta agar rakyat menilai sendiri peribadi seorang itu apatah lagi ia dilemparkan oleh seorang pemimpin veteran, Lim Kit Siang.

“Jadi nilailah adab bicara Lim Kit Siang, adakah itu budaya Malaysia biar rakyat menilai..saya terbuka menerima kritikan tetapi jangan melampau dan biadap, kita ada adab kita masyarakat Malaysia yang beradab,”ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi balas terhadap kritikan keras Ahli Parlimen Gelang Patah itu mempertikaikan pendiriannya terhadap isu 1 MDB.

“Dzulkifli harus menyedari bahawa jika dia bertindak seperti monyet yang mempunyai mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar dan mulut tetapi tidak berbicara mengenai skandal 1MDB, beliau akan menjadikan SPRM sebagai agensi anti-rasuah kleptokratik pertama di dunia,” Kit Siang dalam kenyataannya pada Jumaat.

Bahasa yang digunakan itu kata Tan Sri Dzulkifli sama sekali di luar batasan norma masyarakat di zaman ini.

“Perkataan yang digunakan Kit Siang itu adalah satu perkataan yang tidak bertamadun jadi rakyat Malaysia menilai itukah yang ditampilkan selaku seorang pemimpi,” katanya Majlis Perasmian Mural Pencegahan Rasuah Sempena Kembara Jelajah Anti Rasuah (KEJAR) 2017 SPRM peringkat negeri Perak di Ipoh pada Jumaat.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top