30/09/2017 — Banjir Kilat LMS, Dua Pusat Pemindahan Dibuka:- Leftenan Azman Amat Reviewed by Perak BN on . Susulan hujan lebat sejak Khamis, 77 orang di daerah Larut Matang, Selama terjejas akibat banjir kilat. Menurut Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Be Susulan hujan lebat sejak Khamis, 77 orang di daerah Larut Matang, Selama terjejas akibat banjir kilat. Menurut Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Be Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 30/09/2017 — Banjir Kilat LMS, Dua Pusat Pemindahan Dibuka:- Leftenan Azman Amat

30/09/2017 — Banjir Kilat LMS, Dua Pusat Pemindahan Dibuka:- Leftenan Azman Amat

perakbn Banjir Kilat LMS, Dua Pusat Pemindahan DibukaSusulan hujan lebat sejak Khamis, 77 orang di daerah Larut Matang, Selama terjejas akibat banjir kilat.

Menurut Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kecil Selama, Leftenan (PA) Azman Amat, mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan di sekitar Selama dan Batu Kurau.

“Seramai 11 orang ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Pantai Besar Ijok, Selama manakala 66 dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Pantai Besar Batu Kurau berikutan banjir tersebut.

“Seramai tiga keluarga melibatkan seorang warga emas perempuan di sekitar Kg Pantai Besar, Ijok terjejas di sekitar Selama berikutan hujan lebat sejak pagi Khamis,” demikian maklumnya pada lewat Jumaat malam.

Bagi mangsa di Batu Kurau, Leftenan Azman berkata ia melibatkan 23 keluarga di Kg Pantai Besar dengan jumlah seramai 66 orang termasuk seorang bayi lelaki.

Sehubungan itu, pusat pemindahan dibuka sekitar pukul 7.25 malam memandangkan paras air meningkat secara berterusan di kawasan perumahan mereka.

“Buat masa ini, pemantauan akan dilaksanakan sehingga paras air selamat,” jelas Leftenan Azman.

Tugas menyelamat dan pemindahan ini melibatkan 51 anggota penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top