29/09/2017 — #Pemukiman batang padang kampar 2017 Hotspot Denggi, Itu Sebab Perlu Jaga Kebersihan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Penekanan terhadap kempen Perak Yang Bersih antaranya untuk memastikan aspek keselamatan dan kesihatan masyarakat terus terjamin dan ini termasuk menangani masa Penekanan terhadap kempen Perak Yang Bersih antaranya untuk memastikan aspek keselamatan dan kesihatan masyarakat terus terjamin dan ini termasuk menangani masa Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 29/09/2017 — #Pemukiman batang padang kampar 2017 Hotspot Denggi, Itu Sebab Perlu Jaga Kebersihan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

29/09/2017 — #Pemukiman batang padang kampar 2017 Hotspot Denggi, Itu Sebab Perlu Jaga Kebersihan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn #Pemukimanbatangpadangkampar2017 Hotspot Denggi, Itu Sebab Perlu Jaga Kebersihan

Penekanan terhadap kempen Perak Yang Bersih antaranya untuk memastikan aspek keselamatan dan kesihatan masyarakat terus terjamin dan ini termasuk menangani masalah denggi.

Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menegaskan bahawa usaha yang dilakukannya seperti turun padang mengutip sampah, adalah semata-mata untuk pastikan setiap daripada masyarakat menanam tabiat pembersihan.

“Sebab itulah saya sebutkan program-program pembersihan ini, janganlah dipolitikan; kita kena terus pastikan bandar raya kita dan di Perak khususnya, masalah seperti denggi dapat dielakkan. Sekiranya kita tidak menanam satu sikap di kalangan masyarakat untuk jaga kebersihan, inilah contoh yang berlaku,” katanya.

Beliau diminta mengulas kawasan hotspot terbaharu wabak denggi yang melibatkan Taman Tasek Jaya, Ipoh dengan jumlah kes sebanyak empat kes.

Menurut laporan Jabatan Kesihatan Negeri Perak, sehingga semalam lapan kawasan adalah aktif wabak denggi di negeri ini dengan jumlah keseluruhan kes adalah 43.

Enam kawasan direkodkan di daerah Kinta iaitu Taman Musim Bunga (15), Kampung Dato Ahmad Said Tambahan 2 (5), Fair Park (6), Taman Klebang Jaya (4), Taman Tasek Jaya (4) dan Kampung Sri Klebang (3).

Dua lagi kawasan adalah di Manjung melibatkan Kampung Sungai Pinang Besar (3), dan Larut Matang, Selama, Kampung Baru (3).

“Di bawah pengawasan Datuk Dr Mah Hang Soon (Exco Kesihatan Negeri) perlu pastikan perkara seperti ini dilakukan pemantauan berterusan.

“Jadi kalau ada kawasan lain (dikenal pasti hotspot wabak denggi) maka tindakan berterusan perlu dilakukan bagi pastikan kawasan sesuatu tempat itu bersih. Saya akan pastikan supaya pemantauan ketat dilakukan di kawasan yang diisytihar kawasan wabak denggi,” ulas Datuk Seri Diraja Dr Zambry ketika ditemui pemberita di Kampung Samy, Tapah sempena Program Pemukiman Menteri Besar di Daerah Batang Padang dan Kampar, hari ini.

Dalam hal ini,beliau menegaskan peri-pentingnya sikap menjaga kebersihan dan ia adalah isu yang menjangkaui batasan politik.

“Ini bukan soal politik; saya tegaskan ini bukan soal politik. Saya minta pada pembangkang jangan guna isu ini sebagai bahan politik murahan mereka untuk mendabik dada, buat tuduhan dan sebagainya,”katanya lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top