26/09/2017 — Rumah Amanjaya Pelengkap Usaha Bantu Rakyat Miliki Kediaman:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Projek Rumah Amanjaya yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri sebagai sebahagian daripada usaha yang dibuat untuk membolehkan rakyat mampu memiliki kediaman, kata Projek Rumah Amanjaya yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri sebagai sebahagian daripada usaha yang dibuat untuk membolehkan rakyat mampu memiliki kediaman, kata Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 26/09/2017 — Rumah Amanjaya Pelengkap Usaha Bantu Rakyat Miliki Kediaman:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

26/09/2017 — Rumah Amanjaya Pelengkap Usaha Bantu Rakyat Miliki Kediaman:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Rumah Amanjaya Pelengkap Usaha Bantu Rakyat Miliki KediamanProjek Rumah Amanjaya yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri sebagai sebahagian daripada usaha yang dibuat untuk membolehkan rakyat mampu memiliki kediaman, kata Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

Sehubungan dengan itu, sebanyak 54 unit rumah Amanjaya bakal dibina di tapak projek seluas 7.27 ekar menerusi di Tualang Sekah, daerah Kampar.

“Selain inisiatif kita laksanakan program SRIA di bawah Yayasan Bina Upaya (YBU), projek perumahan yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan…Kerajaan Negeri memberi satu (lagi) pendekatan ini dengan kadar (rumah) mampu milik pada harga lebih rendah daripada harga pasaran,” katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Amanjaya pada Selasa.

Tambah Datuk Seri Diraja Dr Zambry lagi, pembinaan rumah Amanjaya dibina bagi rakyat kategori B40 dengan sumbangan subsidi oleh kerajaan sebanyak RM70,000 seunit.

Projek tersebut merupakan hasil penjenamaan semula rumah kos rendah yang mempunyai reka bentuk setaraf rumah kos sederhana yang akan dibangunkan oleh kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP).

Untuk tahun 2017 hingga 2018, Kerajaan Negeri merancang membina 1,200 unit Rumah Amanjaya di lokasi bersesuaian.

Bagi mereka yang ingin membuat permohonan boleh muat turun borang di laman htttp://www.perak.gov.my/ dan dihantar kepada LPHP.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top