26/09/2017 — Kerja Pembersihan, Isu Melepasi Batasan Politik:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Kerja-kerja pembersihan yang disertai oleh para pemimpin dilakukan adalah melebihi batasan politik. Tegas Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir, Kerja-kerja pembersihan yang disertai oleh para pemimpin dilakukan adalah melebihi batasan politik. Tegas Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir, Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 26/09/2017 — Kerja Pembersihan, Isu Melepasi Batasan Politik:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

26/09/2017 — Kerja Pembersihan, Isu Melepasi Batasan Politik:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Kerja Pembersihan, Isu Melepasi Batasan PolitikKerja-kerja pembersihan yang disertai oleh para pemimpin dilakukan adalah melebihi batasan politik.

Tegas Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir, tindakan dan perbuatan itu adalah demi memberikan semangat dan teladan kepada masyarakat agar mewujudkan perasaan suka terhadap persekitaran yang bersih.

“Kita lakukan ini lebih sekadar untuk tujuan politik, tetapi kita lakukan untuk kesejahteraan rakyat kita,” ujar beliau.

Terdahulu beliau bersama dua exco negeri, Datuk Rusnah Kassim dan Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkesempatan turun padang melakukan kerja pembersihan di sekitar Tanjung Tualang sempena Kempen Perak Yang Bersih.

Mereka bersama dengan pasukan pembersih pihak berkuasa tempatan seawal pagi menaiki lori untuk mengutip sampah.

“Saya bangga dengan idea yang kita lakukan ini telah memberi nilai yang dapat dikongsi bersama-sama (dengan masyarakat lain).

“Yang nak kita terapkan dalam diri masyarakat itu ialah supaya tabiat jaga kebersihan perlu dilaksanakan semua pihak.

“Negara yang jaga kebersihan adalah mereka yang tanamkan dalam diri masyarakat sendiri bukan pemerintahnya, atau pihak berkuasa tempatannya tetapi masyarakat itu sendiri.

“Tabiat dan pemikiran (rakyat) yang maju masing-masing jaga kebersihan,” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry lagi.

Mengulas tentang kritikan pembangkang terhadap usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri ini, beliau yakin rakyat mampu menilai perangai pembangkanv itu.

“Ini bukan ‘mileage’ politik, raykat boleh menilai baik dan tidak baik…yang kamu (pembangkang) maki memanjang kenapa, apa kamu buat?.

“Ada kalangan mereka kononnya mereka buat kerja dengan hanya ambik gambar dan tunjuk di Facebook,”selar beliau.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top