26/09/2017 — 165,000 Rakyat Manfaat Program Pemukiman:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Sepanjang 10 program Pemukiman Menteri Besar dilaksanakan pada tahun ini, sekurang-kurangnya 1000 acara diaturkan dengan memberi manfaat buat 165,000 orang. Men Sepanjang 10 program Pemukiman Menteri Besar dilaksanakan pada tahun ini, sekurang-kurangnya 1000 acara diaturkan dengan memberi manfaat buat 165,000 orang. Men Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 26/09/2017 — 165,000 Rakyat Manfaat Program Pemukiman:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

26/09/2017 — 165,000 Rakyat Manfaat Program Pemukiman:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn 165,000 Rakyat Manfaat Program PemukimanSepanjang 10 program Pemukiman Menteri Besar dilaksanakan pada tahun ini, sekurang-kurangnya 1000 acara diaturkan dengan memberi manfaat buat 165,000 orang.

Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata program yang diatur itu tidak melibatkan acara atau program adhoc yang disusun oleh pihak agensi atau peringkat kepimpinan negeri sendiri.

“Yang datang ini semua agensi (kerajaan negeri) datang, kita tidak mahu bila Menteri Besar turun semua agensi turun.

“Tumpuan kita bukan semata-mata nak kumpulkan rakyat tetapi kita berada di mana-mana.

“Hari ini saya berada di pasar ini ( Malim Nawar)…dalam satu hari saya hadiri dua tiga program.

“Dalam masa yang sama semua exco dan ketua jabatan semua ada di kawasan ini jalankan aktiviti mereka, ini pendekatan kita lakukan,” katanya ketika ditemui selepas melawat pasar berkenaan sempena Program Pemukiman di Kampar dan daerah Batang Padang hari ini.

Program tersebut adalah yang ke-11 yang bermula hari ini hingga Sabtu ini.

Sementara itu, ditanya tentang penglibatan beliau dalam merealisasikan program tersebut, Datuk Seri Diraja Dr Zambry mengakui ia suatu idea yang sangat membanggakan.

“Ada pemberita tanya pada saya, tidak penat ke saya ikuti program ini? Sebenarnya ia memberi kesungguhan dan kepuasan yang mengatasi keletihan kita, rakyat menghargai dan melihat kita,” ujar beliau.

Terdahulu beliau mengikuti program Teras Kelestarian Alam & Sumber Program Perak Yang Bersih diikuti dengan walkabout di pasar awam dan pagi dengan kemudiannya merasmikan Majlis Pecah Tanah Aman Jaya, Komersial Malim Nawar.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top