15/09/2017 — Tragedi Pusat Tahfiz, Renung Kisah-kisah Sedih:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Berikutan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran al-Ittifaqiyah di Dato Keramat, Kuala Lumpur ia sewajarnya dijadikan sebagai renungan, kata Menteri Besar, Berikutan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran al-Ittifaqiyah di Dato Keramat, Kuala Lumpur ia sewajarnya dijadikan sebagai renungan, kata Menteri Besar, Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 15/09/2017 — Tragedi Pusat Tahfiz, Renung Kisah-kisah Sedih:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

15/09/2017 — Tragedi Pusat Tahfiz, Renung Kisah-kisah Sedih:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Tragedi Pusat Tahfiz Renung Kisah-kisah SedihBerikutan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran al-Ittifaqiyah di Dato Keramat, Kuala Lumpur ia sewajarnya dijadikan sebagai renungan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkongsikan rasa pilu dan sayu menerusi Twitternya @DrZambryOfficial bagi kejadian itu yang telah mengorbankan 23 penghuninya.

“Pilu dan sayu (dengan) kisah 25 (jumlah sebenar 23) terkorban di Pusat Tahfiz Darul Quran al-Ittifaqiyah, Keramat. Al-Fatihah. Masa untuk merenung kisah-kisah sedih seperti ini,” tweet beliau pada 14 September.

Untuk perkembangan terkini, dilaporkan bahawa 12 jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan tersebut kecuali bagi waris yang memohon untuk melakukannya di kawasan masing-masing.

Katanya sebanyak enam agensi yang terlibat menguruskan jenazah mangsa kebakaran yang mana tiga agensi terbabit ialah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top