12/08/2017 — PRU14 Jihad Perangi Golongan Pefitnah:- Senator Khairul Azwan Harun Reviewed by Perak BN on . Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) disifatkan sebagai satu usaha memerangi jihad iaitu 'menghapus' golongan membawa fitnah.Itu pendirian Pemuda yang dinyatakan Nai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) disifatkan sebagai satu usaha memerangi jihad iaitu 'menghapus' golongan membawa fitnah.Itu pendirian Pemuda yang dinyatakan Nai Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 12/08/2017 — PRU14 Jihad Perangi Golongan Pefitnah:- Senator Khairul Azwan Harun

12/08/2017 — PRU14 Jihad Perangi Golongan Pefitnah:- Senator Khairul Azwan Harun

perakbn PRU14 Jihad Perangi Golongan Pefitnah

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) disifatkan sebagai satu usaha memerangi jihad iaitu ‘menghapus’ golongan membawa fitnah.Itu pendirian Pemuda yang dinyatakan Naib Ketuanya, Senator Khairul Azwan Harun.

“Pemuda UMNO menganggap PRU ke-14 adalah jihad memerangi golongan-golongan yang membawa fitnah dan tohmahan yang membawa pecah belah perpaduan dan melaga-lagakan pemimpin.

“Pemuda UMNO nak lihat jentera bekerja bersungguh-sungguh.

“Pemuda akan bawa mesej ini dengan jelas; apa yang dibawa oleh pemimpin pembangkang termasuk bekas kepimpinan kita dahulunya, yang hanya tahu tanam kebencian,” katanya yang mengulas mesej ucapan beliau pada Majlis Perasmian Mesyuarat Pewakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Lumut di Manjung, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

Kata Senator Khairul Azwan yang juga Pengerusi Pemuda BN Perak, beliau menyokong slogan Menteri Besar itu terhadap pembangkang yang disifatkan mengamalkan 3B iaitu berbohong, menimbul kebencian serta balun kerajaan.

“Saya sokong Menteri Besar yang kata 3B merujuk kepada pembangkang, iaitu bohong, suka menanam kebencian rakyat kepada kerajaan dan balun macam ‘tin kosong’.

“Jadi kita kena menanglah pada jihad ini (PRU14),” katanya yang ditemui pada sesi sidang media.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top