12/08/2017 — Perjuangan Pemuda Tentang Malindo Jelas, DAP Sengaja Cipta Onar:- Senator Khairul Azwan Harun Reviewed by Perak BN on . Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun memberi amaran kepada DAP untuk tidak menjadikan isu Malindo Air sebagai bahan politik mereka. Ini kerana, g Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun memberi amaran kepada DAP untuk tidak menjadikan isu Malindo Air sebagai bahan politik mereka. Ini kerana, g Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 12/08/2017 — Perjuangan Pemuda Tentang Malindo Jelas, DAP Sengaja Cipta Onar:- Senator Khairul Azwan Harun

12/08/2017 — Perjuangan Pemuda Tentang Malindo Jelas, DAP Sengaja Cipta Onar:- Senator Khairul Azwan Harun

perakbn Perjuangan Pemuda Tentang Malindo Jelas DAP Sengaja Cipta Onar

Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun memberi amaran kepada DAP untuk tidak menjadikan isu Malindo Air sebagai bahan politik mereka.

Ini kerana, gesaan dan perjuangan Pemuda kepada syarikat penerbangan itu adalah jelas iaitu menekankan kepada dua aspek.

“Kita hanya fokus kepada dua isu iaitu pertama syarikat penerbangan tambang murah itu tidak boleh beroperasi di terminal utama – KLIA dan bersaing secara tidak adil (dengan MAS) dan kedua isu syarikat Malindo hutang dan tidak bayar cukai lapangan terbang yang sudah tujuh lapan bulan.

“Mana boleh mereka guna duit (cukai) milik kerajaan iaitu milik rakyat untuk guna tujuan aliran tunai mereka. Tidak betul lah,” jelas Senator Khairul Azwan yang mengulas dakwaan DAP mengatakan Pemuda cuma cetuskan isu perkauman.

Tegas beliau, pihaknya sama sekali tidak pernah menimbulkan apa-apa perkara selain yang dinyatakan.

“Kita tidak pernah pertikaikan sama ada Ketua Eksekutinya (CEO) sama ada India, Melayu, Cina ke.

“Mereka (DAP) nak alih isu dalaman yg sedang dihadapi iaitu masalah pemilihan CEC (Jawatankuasa Eksekutif) jadi mereka cipta isu baru untuk alih masalah mereka.

“Kita tidak pernah pertikaikan siapa CEO. Cuma saya risau Malindo Air terdiri daripada pemegang saham terbesar adalah rakyat asing. Jadi kenapa dia dapat keistimewaan begitu sekali (beroperasi di KLIA).

“Kita hanya ingin pertahanan hak ekonomi negara. Jadi saya desak DAP jangan main isu perkauman dalam kes Malindo ini. Saya beri amaran kepada mereka,” ujarnya.

Senator Khairul Azwan menjawab soalan pemberita semasa ditemui di Manjung, hari ini.

Dalam hal ini beliau juga mempertikaikan operasi Malindo Air sebagai syarikat penerbangan tambang murah yang mendapat keistimewaan beroperasi di terminal utama.

Hakikatnya syarikat itu dianggap sebagai mencuri penumpang MAS yang merupakan syarikat milik negara yang sepatutnya mempunyai ciri-ciri eksklusif pengoperasiaannya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top