12/08/2017 — Jangan Takut Dan Gentar Pada Pembangkang:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Pembangkang hanya sekadar gah untuk beraksi di atas pentas sahaja, padahal apa yang diceramahkan hanya lebih kepada pembohongan dan fitnah. Justeru, kata Penger Pembangkang hanya sekadar gah untuk beraksi di atas pentas sahaja, padahal apa yang diceramahkan hanya lebih kepada pembohongan dan fitnah. Justeru, kata Penger Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 12/08/2017 — Jangan Takut Dan Gentar Pada Pembangkang:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

12/08/2017 — Jangan Takut Dan Gentar Pada Pembangkang:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Jangan Takut Dan Gentar Pada Pembangkang

Pembangkang hanya sekadar gah untuk beraksi di atas pentas sahaja, padahal apa yang diceramahkan hanya lebih kepada pembohongan dan fitnah.

Justeru, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir, UMNO dan Barisan Nasional (BN) seharusnya tidak takut atau gentar dengan mainan atau dakwaan yang dicanangkan.

“Lumut mereka (pembangkang) serang habis-habisan..tetapi semangat yang ditunjuk Wanita, Pemuda dan Puteri yang tidak gentar dengan mereka; itu sebab mereka gentar dengan kita.

“Jangan takut dan gentar dengan mereka. Biarpun mereka buka pentas ceramah di sini tidak ramai yang datang kerana ceramah mereka hanya sampiakan fitnah dan berbohong,” katanya ketika berucap pada Perasmian Mesyuarat Pewakilan UMNO Bahagian Lumut, di Manjung hari ini.

Pembangkang terutama Pakatan Harapan menunjukkan minat mendalam untuk menakluk Parlimen Lumut pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Oleh yang demikian, gerakan aktif dibuat oleh mereka dengan mengadakan pelbagai jenis program ceramah demi meraih sokongan pengundi tempatan.

“Di Lumut ini kita kena kekuatan, jangan terpedaya dengan mereka (pembangkang) kerana mereka tergolong dalam 3B iaitu benci, bohong dan balun.

“Kita sama-sama jangan pecah belah, dalam semua keadaan kita perlu bersatu hati. Pada pilihan raya nanti kita kena kerja kuat dan tingkatkan sokongan rakyat kepada kita,” ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry lagi.

Dalam pada itu, beliau memuji usaha dan semangat yang ditunjukkan oleh UMNO di bahagian Lumut yang mana sayap masing-masing mempunyai peranan tertentu.

“Wanita tulang belakangnya, Pemuda benteng, Puteri tapak belakng parti.

“Moga rakyat di Manjung (terus menerima parti UMNO dan BN), inilah parti untuk rakyat Malaysia, parti untuk sesiapa sahaja dan parti untuk bila-bila masa,” demikian katanya sebelum mengakhiri ucapan.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top