11/08/2017 — Pemilikan Harta, Perak Antara Negeri Terbaik:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Perak memiliki bilangan rakyat yang tertinggi dalam memiliki harta termasuk mempunyai rumah sendiri. Jelas Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir Perak memiliki bilangan rakyat yang tertinggi dalam memiliki harta termasuk mempunyai rumah sendiri. Jelas Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir Rating: 0
You Are Here: Home » General » 11/08/2017 — Pemilikan Harta, Perak Antara Negeri Terbaik:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

11/08/2017 — Pemilikan Harta, Perak Antara Negeri Terbaik:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Pemilikan Harta Perak Antara Negeri Terbaik

Perak memiliki bilangan rakyat yang tertinggi dalam memiliki harta termasuk mempunyai rumah sendiri.

Jelas Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir status tersebut dinilai dari aspek purata pemilikan harta serta perbandingan antara beberapa negeri-negeri yang berpendapatan tinggi.

“Perak antara negeri terbaik dari segi pemilikan harta walaupun kita buat perbandingan ada negeri berpendpatan tinggi; tetapi secara puratanya pemilikan harta dalam kalangan rakyat di Perak lebih tinggi daripada beberapa negeri lain.

“Maksudnya ia menggambarkan bahawa kemampuan rakyat miliki rumah manakala harga rumah yang dijual pada kadar mampu beli,” ujar beliau.

Dari segi dasar, Perak mempunyai pendekatan kreatif untuk memastikan keseimbangan rakyat untuk membeli rumah tercapai meskipun mereka dari golongan berpendapatan rendah.

Melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri , Datuk Seri Diraja Dr Zambry berkata ia selaku organisasi yang bertanggungjawab dalam mempengaruhi kawalan harga rumah.

“Lantaran itu kita kawal harga melalui Lembaga Perumahan. Kita kawal melalui perbincangan dengan pihak pemaju.

“Perak perlu wujud keseimbangan dan kita tidak mahu melihat jurang besar disebabkan ada pihak tertentu yang hanya fikir soal keuntungan sehingga tidak memberi mengira soal kesejahteraan dan kemampuan rakyat.

“Kita akan teruskan dasar ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Projek Perumahan Awam (PPA) di Manjung, pagi tadi.

Projek tersebut dibuat bagi kakitangan dan orang awam khususnya golongan B40 memliki rumah dan ia diusahakan antara kerjasama Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) dengan kerjasama syarikat Asas Jasakita Sdn. Bhd.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top