11/08/2017 — GLC Perlu Miliki Modul Perniagaan Yang Baik:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Penubuhan setiap syarikat milik kerajaan (GLC) perlu mempunyai modul perniagaan yang baik bagi memastikan pelaburan yanh dibuay mendatangkan keuntungan. Menteri Penubuhan setiap syarikat milik kerajaan (GLC) perlu mempunyai modul perniagaan yang baik bagi memastikan pelaburan yanh dibuay mendatangkan keuntungan. Menteri Rating: 0
You Are Here: Home » General » 11/08/2017 — GLC Perlu Miliki Modul Perniagaan Yang Baik:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

11/08/2017 — GLC Perlu Miliki Modul Perniagaan Yang Baik:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn GLC Perlu Miliki Modul Perniagaan Yang BaikPenubuhan setiap syarikat milik kerajaan (GLC) perlu mempunyai modul perniagaan yang baik bagi memastikan pelaburan yanh dibuay mendatangkan keuntungan.

Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata keuntungan yang dimaksudkan adalah termasuk mampu menawarkan pemberian semula kepada rakyat dalam bentuk pelbagai aspek.

“Mereka perlu fokus kepada modal perniagaan yang baik ke arah yang boleh membuat keuntungan. Tetapi keuntungan bukanlah matlamat utama (tetapi) hasil keuntungan itu diagihkan (kepada yang berhak) dan ini kita lakukan di Perak.

“Apabila ada keuntungan di syarikat-syarikat atau agensi dan perbadanan, kita guna wang itu dengan disalurkan balik (kepada rakyat) dan ini termasuk seperti dilakukan oleh SSI (Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak),” katanya.

Dalam hal ini beliau merujuk kepada kes pemilikan tanah bagi penduduk di Kampung Ramasamy, Gerik yang telah membelenggu lebih puluhan tahun.

Menerusi SSI, penduduk di kawasan berkenaan kini diberi hak untuk terus tinggal di kawasan berkenaan apabila perbadanan itu bertindak membeli tanah tersebut daripada tuan tanahnya.

“Kita selamatkan banyak (kes mengambil tanah) dan salah satunya di Gerik, iaitu Kampung Ramasamy yang berpuluh tahun tidak dapat selesaikan.

“Jadi itulah kaedah yang kita buat iaitu dengan keuntungan yang kita ada kita ambil tanah itu dan kita beri kepada rakyat.

“Sebagai agensi-agensi (kerajaan) mereka perlu cekap, kita tidak mahu melihat agensi yang kita tubuhkan langsung tidak membuat untung,” ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena majlis pecah tanah Projek Perumahan Awam (PPA) di Manjung, pada Jumaat.

Projek berkenaan dibangunkan oleh SSI dan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak dengan menyasarkan kepada kakitangan awam dan orang awam kumpulan B40.

Projek tersebut akan membangunkan sebanyak 208 unit pangsapuri 14 tingkat yang dibina di atas tanah seluas 5.415 ekar.

Hadir sama pada majlis itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Pengerusi Syarikat Asas Jasakita, Datuk Syed Mokhtar Syed Iddris.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top