11/08/2017 — Asing Cawan Ikut Agama, Sekolah Diberi Amaran:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mengingatkan pihak sekolah di seluruh negeri ini agar tidak sesekali menimbulkan tindakan yang mengundang k Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mengingatkan pihak sekolah di seluruh negeri ini agar tidak sesekali menimbulkan tindakan yang mengundang k Rating: 0
You Are Here: Home » General » 11/08/2017 — Asing Cawan Ikut Agama, Sekolah Diberi Amaran:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

11/08/2017 — Asing Cawan Ikut Agama, Sekolah Diberi Amaran:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Asing Cawan Ikut Agama Sekolah Diberi Amaran

Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mengingatkan pihak sekolah di seluruh negeri ini agar tidak sesekali menimbulkan tindakan yang mengundang kontroversi terutama melibatkan agama.

Beliau merujuk kepada tindakan sebuah sekolah rendah di Hulu Langat yang didakwa oleh netizen mengasingkan gelas minuman untuk pelajar Islam dan bukan Islam.

“Ini amat mengecewakan …saya menyokong pandangan mufti (Tan Sri Dr Harussani Zakaria) yang turut menepelak tindakan memisahkan cawan Islam dan cawan bukan I Islam. Islam tidak mengajar begitu.

“Saya tidak mahu melihat ia berlaku di Perak, saya minta sekolah-sekolah dan Pengarah Pelajaran Negeri adalah amat malang bila ada sekolah dalam Malaysia ini yang kita hidup dalam susana kepelbagaian dan menggambatkan Islam agama yang keras tidak ada toleransi langsung.

“Kita tidak mahu ia berlaku di Perak dan saya tidak suka ada pihak cuba pisahkan kehidupan kita,” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

Jelasnya lagi, Malaysia adalah sebuah negara yang asaskan mempunyai nilai persefahaman yang tinggi dan saling hormat menghormati di samping mengetahui batasan antara satu sama lain terutama dalam soal agama.

“Islam tidak ajar menyusahkan kita, jangan ada man-mana pihak memberi gambaran salah tentang Islam,” tegas beliau.

Datuk Seri Diraja Dr Zambry mengulas perkara itu ketika ditemui pemberita pada sidang media Majlis Pecah Tanah Projek PPA1M di Manjung, hari ini.

Menurut laporan media tempatan, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Chong Sin Woon mengeluarkan arahan kepada Jabatan Pelajaran Selangor untuk menyiasat perkara tersebut.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top