10/08/2017 — Perak Mula Siri Penerangan Indeks Syariah:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan mengadakan penerangan di peringkat zon dan daerah bagi memberi penerangan tentang Indeks Syariah sehingga ke peringkat ak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan mengadakan penerangan di peringkat zon dan daerah bagi memberi penerangan tentang Indeks Syariah sehingga ke peringkat ak Rating: 0
You Are Here: Home » General » 10/08/2017 — Perak Mula Siri Penerangan Indeks Syariah:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

10/08/2017 — Perak Mula Siri Penerangan Indeks Syariah:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Perak Mula Siri Penerangan Indeks Syariah

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan mengadakan penerangan di peringkat zon dan daerah bagi memberi penerangan tentang Indeks Syariah sehingga ke peringkat akar umbi.

Perkara itu diminta oleh Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir selepas Perak menjadi negeri pertama mengadakan siri penerangan mengenainya selepas dilancarkan di peringkat kebangsaan oleh Perdana Menteri, minggu lalu.

“Indeks Syariah merupakan satu pendekatan Maqasid Syariah yang bertujuan untuk memberikan penilaian terhadap perkara-perkara yang kita perlukan alam kehidupan seharian dalam konteks ekonomi, sosial, politik, kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan lain-lain yang mencakupi keseluruhan kehidupan manusia,” katanya.

Jelas beliau lagi, Indeks Syariah bukan sahaja bertumpu kepada soal nikah kahwin atau orang Islam semata-mata, namun ia adalah suatu pendekatan untuk mengingatkan kerajaan dan membuat penilaian mengenai perkara-perkara yang telah dilaksanakan bagi memenuhi konsep Maqasid Syariah.

“Kalau kita pergi keluar negara, Malaysia dianggap sebuah negara contoh, lantaran itu, Indeks Syariah ini yang dianggap pertama sekali dalam dunia supaya menjadi panduan yang jelas,” ujarnya.

Datuk Seri Diraja Dr Zambry berkata demikian selepas merasmikan Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia Peringkat Negeri Perak di Ipoh, hari ini.

Dalam hal ini, beliau meminta semua pihak menerima baik indeks itu dan tidak menganggapnya sebagai kosmetik semata-mata sahaja.

“Ya, memang kerajaan sentiasa menggalakkan umat Islam supaya pergi ke masjid tetapi akhirnya terpulang kepada kita sendiri yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tuntutan Allah,” tambahnya.

Sejak Indeks Syariah diperkenalkan pada 2015 dan dalam tempoh dua tahun ini ia memberi pemahaman kepada masyarakat mengenai Maqasid Syariah.

Untuk fasas seterunsya melibatkan pembudayaan supaya semua pihak memahami konsep itu dan mengaplikasikannya ke dalam dasar sedia ada.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top