10/08/2017 — Penutupan Sementara Jambatan Sultan Yusof, Teluk Intan Mulai Sabtu:- Datuk Zainol Fadzi Paharuddin Reviewed by Perak BN on . Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hilir Perak akan membuat penutupan sementara penggunaan Jambatan Sultan Yusof di Teluk Intan pada Sabtu ini. Pengerusi Jawatanku Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hilir Perak akan membuat penutupan sementara penggunaan Jambatan Sultan Yusof di Teluk Intan pada Sabtu ini. Pengerusi Jawatanku Rating: 0
You Are Here: Home » General » 10/08/2017 — Penutupan Sementara Jambatan Sultan Yusof, Teluk Intan Mulai Sabtu:- Datuk Zainol Fadzi Paharuddin

10/08/2017 — Penutupan Sementara Jambatan Sultan Yusof, Teluk Intan Mulai Sabtu:- Datuk Zainol Fadzi Paharuddin

perakbn Penutupan Sementara Jambatan Sultan Yusof Teluk Intan Mulai SabtuJabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hilir Perak akan membuat penutupan sementara penggunaan Jambatan Sultan Yusof di Teluk Intan pada Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air, Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang mengesahkan perkara itu berkata ia dilakukan bagi kerja-kerja pembaikan.

“Mesyuarat semalam (Selasa) yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah JKR telah bersetuju cadangan jangka pendek untuk membaiki sementara walk bearing itu pada 12 Ogos.

“Ini bermakna dicadangkan jambatan itu ditutup selama 24 jam bermula jam 5.00 pagi, 12 Ogos (Sabtu) hingga 5.00 pagi, 13 Ogos (Ahad),” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kerja pembaikan melibatkan kerja menggantikan walk bearing di samping melihat secara lebih dekat cadangan reka bentuk kekal dalam masa tiga minggu lagi.

Oleh yang demikian, Datuk Zainol Fadzi meminta pengguna supaya menggunakan jalan alternatif, mengikut lencongan dan tanda tunjuk arah yang akan dibuat oleh pihak JKR iaitu dua dari Lekir dan satu dari Hutan Melintang.

“Mengikut notis pemberitahuan yang dikeluarkan mengenai penutupan sementara jambatan itu, pengguna diminta menggunakan laluan alternatif ke Manjung / Sitiawan dan ke Teluk Intan / Sabak Bernam.

“Pengguna diminta mematuhi papan tanda lalu lintas dan memandu dengan berhati-hati,”demikian kenyataannya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top