09/08/2017 — Tawar Pulau Jarak Jadikan Taman Laut:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Kerajaan Negeri mencadangkan Pulau Jarak yang terletak 15 kilometer dari sempadan perairan Indonesia dijadikan sebagai Taman Laut, kata Menteri Besar, Datuk Ser Kerajaan Negeri mencadangkan Pulau Jarak yang terletak 15 kilometer dari sempadan perairan Indonesia dijadikan sebagai Taman Laut, kata Menteri Besar, Datuk Ser Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 09/08/2017 — Tawar Pulau Jarak Jadikan Taman Laut:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

09/08/2017 — Tawar Pulau Jarak Jadikan Taman Laut:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Tawar Pulau Jarak Jadikan Taman LautKerajaan Negeri mencadangkan Pulau Jarak yang terletak 15 kilometer dari sempadan perairan Indonesia dijadikan sebagai Taman Laut, kata Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

Kawasan itu bagi menggantikan cadangan Kementeri Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk menjadikan Pulau Sembilan yang kini berstatus Taman Negeri sebagai Taman Laut.

“Kawasan dikenal pasti (oleh kementerian) ialah Pulau Sembilan sebelum ini….itu adalah kawasan pengeluaran ikan dan penting untuk negeri Perak; jika cadangan itu (jadikan Taman Laut) diambil ia akan memberi impak kepada nelayan yang besar.

“jadi Kerajaan Negeri mencadangkan bahawa pulau yang sewajarnya boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan adalah Pulau Jarak. Ia masih terletak di negeri Perak iaitu terletak kira-kira 15KM dengan sempadan Indonesia, itupun tertakluk kepada penilaian oleh agensi terbabit dari segi kesesuaiannya,” demikian tawaran beliau.

Jelasnya, menanamkan Pulau Jarak sebagai Taman Laut dilihat strategik memandangkan ia merupakan penempatan pihak berkuasa bagi mengawal keselamatan perairan Selat Melaka.

Ini kerana antara perkara yang diambil maklum bahawa sesuatu kawasan yang diisytihar sebagai Taman Laut akan menyebabkan sebarang aktiviti perairan tidak dibenarkan dalam lingkungan dua batu nautika arah laut daripada tikas air surut titik terluar pulau-pulau yang dinyatakan.

“Pulau Jarak adalah kawasan keselamatan dan disitu ada pasukan kita untuk pantau Selat Melaka. Itu tempat strategik (dijadikan Taman Laut),” ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry semasa ditemui pemberita selepas mesyuarat exco di Ipoh, apda Rabu.

Dalam hal ini, Kerajaan Negeri telahpun mengatakan pendirian terhadap mengekalkan Pulau Sembilan sebagai Taman Negeri yang aman usaha menggazetkannya telah dibuat

“Kita gazetkan seluruh Pulau Sembilan itu sebagai tempat untuk kita pelihara dan jaga dan jaga. Kerajaan bertegas kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak untuk menggugat kawasan yang ada dan kawasan di Pulau Sembilan itu.

“Kita (sedia) bincangkan (dengan kementerian) tentang kaedah-kaedah terbaik untuk kita jaga laut dan menjaga sumber laut dengan kreatif secara bersama,” ujar beliau lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top