09/08/2017 — Sidang DUN Sehari, Pemerintahan 11 Bulan Pembangkang Pernah Adakan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Tempoh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dibuat dalam masa sehari bukanlah menjadi perkara pelik kerana ia antara tindakan yang diamalkan hampir di s Tempoh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dibuat dalam masa sehari bukanlah menjadi perkara pelik kerana ia antara tindakan yang diamalkan hampir di s Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 09/08/2017 — Sidang DUN Sehari, Pemerintahan 11 Bulan Pembangkang Pernah Adakan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

09/08/2017 — Sidang DUN Sehari, Pemerintahan 11 Bulan Pembangkang Pernah Adakan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Sidang DUN Sehari Pemerintahan 11 Bulan Pembangkang Pernah AdakanTempoh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dibuat dalam masa sehari bukanlah menjadi perkara pelik kerana ia antara tindakan yang diamalkan hampir di setiap persidangan DUN negeri seluruh negara.

Dalam hal ini, Menteri Besar Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir membongkar taktik politik pembangkang di Perak yang sengaja menjadikan tempoh sehari bagi Mesyuarat Penggal Kelima sidang DUN ke-13 pada Selasa sebagai bahan propaganda mereka.

“Kenapa sehari? Mereka tahu sebelum ini kita buat begitu sebab tidak ada perbahasan, tidak boleh debat pun.

“Sewaktu dia memerintah 11 bulan dia (pembangkang) buat sehari juga sebaba nak buat syarat (persidangan setiap enam bulan).

“Dia lupa, dan dia pernah buat persidangan untuk satu hari,”katanya.

Sebelum ini sidang DUN Perak diadakan pada bulan April lalu dan bagi kiraan enam bulan ia perlu diadakan sebelum atau pada bulan Oktober.

Bagaimanapun, Datuk Seri Diraja Dr Zambry berkata berdasarkan kepada tempoh sidang DUN seterusnya akan memberi tumpuan kepada sesi pembentangan Bajet yang mungkin diadakan pada bulan Oktober mahupun bulan November.

Justeru, persidangan singkat sehari dibuat agar ia memenuhi syarat untuk memastikan DUN tidak terbubar secara automatik.

“Kita akan benarkan persidangan lebih daripada sehari iaitu apabila apabila ada titah perasmian selepas itu ada perbahasan titah, biasa kita ada empat atau lima hari. Selepas itu masa pembentangan bajet juga ada sesi perbahasan,” jelasnya.

Pembangkang khususnya DAP kelihatan bertindak keterlaluan apabila tampil dengan bantahan dan demostrasi kerana dikatakan kita berpuas hati dengan tempoh sehari yang diberikan untuk bersidang.

“Semalam (Selasa) kita digambarkan sebagai kerajaan yang takut, zalim, tidak demokratik dan cuba sembunyikan fakta dan itu gambaran yang dia bagi; sebab apa ini yang sikap 3B yang diamalkan iaitu Benci, Bohong dan Balun.

“Baik Perak dan negeri lain termasuk negeri pembangkang lain (sidang sehari), baru-baru ini pun Selangor buat yang sama, tidak ada perkara hendak dibahaskan.Tapi dia terus manipulasi supaya orang benci dengan kerajaan.

“Jadi saya harap saya jelaskan bukan kita nak halang perbahasan dalam dewan,” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry lagi yang tidak menolak propaganda pembangkang ini tidak lain untuk mencuri perhatian suasana Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top