09/08/2017 — Jawatan Mufti Setara Dengan Exco Sejak 15 Tahun Lalu:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Kerajaan Negeri telahpun menyamakan kedudukan jawatan mufti dengan barisan exco negeri sejak 15 tahun lalu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kerajaan Negeri telahpun menyamakan kedudukan jawatan mufti dengan barisan exco negeri sejak 15 tahun lalu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 09/08/2017 — Jawatan Mufti Setara Dengan Exco Sejak 15 Tahun Lalu:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

09/08/2017 — Jawatan Mufti Setara Dengan Exco Sejak 15 Tahun Lalu:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Jawatan Mufti Setara Dengan Exco Sejak 15 Tahun Lalu

Kerajaan Negeri telahpun menyamakan kedudukan jawatan mufti dengan barisan exco negeri sejak 15 tahun lalu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

Jelasnya lagi, pengumuman mengenai perkar itu dibuat semasa zaman pentadbiran Tan Sri Tajol Rosli.

“Perak dah mula dekat 15 tahun, ketika zaman Datuk Seri Tajol, beliau telah umumkan dari dulu lagi dah,” katanya yang diminta mengulas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk naik taraf jawatan mufti.

Datuk Seri Diraja Dr Zambry berkata demikian kepada pemberita pada sesi sidang media sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung sehari pada semalam di Ipoh.

Datuk Seri Jamil Khir pada sesi menjawab soalan di Parlimen pada Isnin lalu, menyuarakan cadangan tersebut dengan tujuan membolehkan pandangan mufti dalam mesyuarat exco disalurkan kepada kerajaan.

Dalam usaha memastikan pandangan dan pendapat ulama diambil perhatian, katanya kerajaan sentiasa menyediakan platform percambahan ilmu dan pendapat ulama di seluruh negara melalui pelbagai program berkala.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top