09/08/2017 — Guna Nama MB, Orang Ramai Jangan Terpedaya:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Orang ramai diingatkan supaya tidak terpedaya dengan taktik menggunakan nama Menteri Besar, barisan exco mahupun pihak berkuasa untuk tujuan perniagaan atau men Orang ramai diingatkan supaya tidak terpedaya dengan taktik menggunakan nama Menteri Besar, barisan exco mahupun pihak berkuasa untuk tujuan perniagaan atau men Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 09/08/2017 — Guna Nama MB, Orang Ramai Jangan Terpedaya:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

09/08/2017 — Guna Nama MB, Orang Ramai Jangan Terpedaya:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Guna Nama MB, Orang Ramai Jangan TerpedayaOrang ramai diingatkan supaya tidak terpedaya dengan taktik menggunakan nama Menteri Besar, barisan exco mahupun pihak berkuasa untuk tujuan perniagaan atau mendapat habuan.

Perkara tersebut ditegaskan semula Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir susulan ada kes terbaharu dilaporkan sedang berlaku menggunakan sindiket penipuan dengan taktik berkenaan.

“Kita tidak mahu mana-mana ambil kesempatan guna nama Kerajaan Negeri, nama Menteri Besar, nama exco yang mungkin digunakan mereka untuk tipu dan pedaya orang ramai bagi dapatkan duit atau peluang yang lain.

“Saya beri penegasan ini bagi ingatkan orang ramai supaya tidak takut dapatkan penjelasan daripada Kerajaan Negeri,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Ipoh, siang tadi.

Pada masa ini, pemerhatian dan pemantauan sedang dilakukan oleh pihaknya bagi mengikuti status tentang taktik mereka yang tidak bertanggungjawab itu.

Datuk Seri Diraja Dr Zambry menjelaskan setakat ini terdapat lima modus operandi yang digunakan oleh sindiket berkenaan iaitu menggunakan gambar Menteri Besar atau nama kenamaan termasuk Perdana Menteri juga yang kelihatan akrab dengan tujuan menyakinkan mangsa.

Antara lain taktik digunakan ialah dengan membuat panggilan telefon yang mendakwa sedang berhubung dengan Menteri Besar; mempamerkan pelan atau geran tanah palsu, catatan yang belum diklasifikasikan semasa sesi mesyuarat exco turut dikemukakan oleh pihak sindiket ini.

“Kita tahu saban waktu ada pihak tertentu yang buat kenyataan yang mereka jumpa pihak tertentu untuk dapatkan habuan dengan guna nama Menteri Besar dan pihak berkuasa.

“Cara mudah untuk cari mangsa dengan tunjukkan gambar-gambar mereka atau program mereka hadir…menunjukan mereka rapat sekali dengan pihak berkuasa ..gambar itu ‘dijual’.

“Mereka tunjuk pelan dan geran tanah mereka dan keempat mereka ada catatan daripada exco yang belum diklasifikasikan.

“Perkara ini sangat serius lantaran itu polis jalankan siasatan malah kita tidak nafikan (ada) unsur dalaman,” ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry lagi.

Oleh yang demikian, orang ramai diminta terlebih dahulu mendapatkan kesahihan maklumat sebelum membuat sebarang urusan dengan pihak yang sepatutnya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top