08/08/2017 — Politik DAP Berasaskan 3B:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Parti pembangkang DAP di negeri ini mengamalkan politik 3B yang mana mereka berterusan menyebarkan sikap benci, bohong dan balun (hentam) demi memastikan matlam Parti pembangkang DAP di negeri ini mengamalkan politik 3B yang mana mereka berterusan menyebarkan sikap benci, bohong dan balun (hentam) demi memastikan matlam Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 08/08/2017 — Politik DAP Berasaskan 3B:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

08/08/2017 — Politik DAP Berasaskan 3B:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Politik DAP Berasaskan 3B

Parti pembangkang DAP di negeri ini mengamalkan politik 3B yang mana mereka berterusan menyebarkan sikap benci, bohong dan balun (hentam) demi memastikan matlamat dan agenda mereka tercapai.

Perkara tersebut dinyatakan Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir dengan merujuk sikap DAP dengan sengaja mempertikaikan perkara yang mereka sendiri tahu dan ambil maklum.

Seperti hari ini, semasa Mesyuarat Kedua, penggal kelima persidangan dewan Undangan Negeri (DUN), DAP mengecohkan keadaan yang mana mempersoalkan tentang soalan bertulis yang tidak sempat dijawab oleh pihak kerajaan.

“Sidang dewan yang diadakan ini bagi memenuhi tempoh masa enam bulan. Jadi kita perlu adakan dalam tempoh enam bulan itu dan ini amalan di mana-mana sahaja.

“Hari ini (sidang dewan) diadakan sebagai syarat, bukan soal kita takut (jawab soalan),pembangkang begitulah.

“Ini tatacara dewan untuk membolehkan sidang dewan terus hidup, kalau kita tidak hidupkan (bersidang) dewan terbubar sendirinya dan pilihan raya perlu dibuat.

“DAP biasalah, dia (berpolitik) berdasarkan kepada 3B iaitu benci memanjang, bohong memanjang dan balun memanjang,” katanya semasa selesai sidang dewan di Ipoh, hari ini.

Pada persidangan kali ini, pembangkang sengaja menjadikan tempoh satu hari persidangan untuk mengecohkan keadaan dan seterusnya membuat publisiti murahan.

Ini kerana, kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry, mereka kini ketandusan isu untuk mencari salah Kerajaan dalam hal urus tadbir.

“Dia (pembangkang) geram dari segi pencapaian-pencapaian yang dibuat negeri Perak, jadi dia terpaksa balun lah.

“Sikap dia memang begitu, berbohong, umpamanya pada sidang dewan yang lalu mereka dengan yakin mengatakan bahawa dewan Pulau Pinang membentangkan akaun MBI Inc.

“Walhal dia berbohong, bila kita semak Pulau Pinang tidak pernah bentenag, begitu juga Selangor tidak bentangkan dan juga seluruh (negeri) yang mempunyai MB Inc tidak membentang (akaun). Ini tidak bermakna mereka tidak buat akaun,” selar beliau.

Tambahnya, DAP berterusan ‘menjual’ propagandanya supaya lama-kelamaan rakyat akan percaya dan terpedaya.

“Dia tidak peduli soal benar atau tidak tentang sesuatu perkara dibahaskan,” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top