01/08/2017 — 6 Insentif Baharu, Hargai Veteran Tentera:- DSD Mohd Najib Tun Razak Reviewed by Perak BN on . Bagi menghargai jasa dan sumbangan anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), enam insentif baharu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Mohd N Bagi menghargai jasa dan sumbangan anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), enam insentif baharu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Mohd N Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 01/08/2017 — 6 Insentif Baharu, Hargai Veteran Tentera:- DSD Mohd Najib Tun Razak

01/08/2017 — 6 Insentif Baharu, Hargai Veteran Tentera:- DSD Mohd Najib Tun Razak

perakbn 6 Insentif Baharu, Hargai Veteran Tentera DSD Mohd Najib Tun RazakBagi menghargai jasa dan sumbangan anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), enam insentif baharu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abd Razak sempena Hari Pahlawan.

Insentif tersebuat antaranya merangkumi Bantuan Bakti Negara (BBN) untuk manfaat 66,000 veteran ATM tidak berpencen yang menerima RM1,200 setiap tahun.

“Syarat layak BBN adalah berdasarkan kriteria penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), iaitu mereka yang tergolong dalam kelompok pendapatan terendah bawah 40 peratus (B40).

“Seramai 10,959 veteran ATM tidak berpencen yang berumur 60 tahun ke atas akan diberi insentif RM600 setiap tahun.

“Inilah sumbangan dan cara menghargai pejuang pertiwi sempena Hari Pahlawan yang disambut di seluruh negara hari ini,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di Perhimpunan Veteran ATM 2017 yang diadakan semalam.

Pengumuman turut dibuat terhadap penambahbaikan Skim Anuiti Veteran (SAVe) untuk membolehkan mana-mana anggota ATM mengambil keputusan bagi bersara awal.

Kata Datuk Seri Diraja Mohd Najib, penambahbaikan ini turut membolehkan anggota yang layak untuk menerima pencen bulanan menerusi caruman hasil pelaburan kerajaan.

“Anggota yang diberhentikan awal akibat kecederaan ketika menjalankan tugas akan menerima kenaikan pencen 300 hingga 800 peratus, iaitu bersamaan nilai RM500 hingga RM2,000,” ujar Menteri Kewangan itu.

Kerajaan juga bersetuju untuk menambah Insentif Veteran Kelainan Upaya sebanyak RM500 setahun, menjadikan jumlah keseluruhan RM1,000 daripada dana kutipan Tabung Pahlawa.

Bagi tahun ini, kerajaan bersetuju menyumbangkang sebanyak RM5 juta ke tabung tersebut dan ini sekali gus mencipta kutipan tertinggi sejak ia dilancarkan.

Umum Datuk Seri Diraja Mohd Najib lagi, salah satu insentif baharu adalah melibatkan penambahan kuota haji oleh veteran ATM daripada 100 kepada 400 tempat bagi tahun ini.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top