25/07/2017 — 900 Penuntut India Berpeluang Terima Biasiswa Presiden MIC:- DS Dr S Subramaniam Reviewed by Perak BN on . Parti MIC menawarkan biasiswa berjumlah RM18 juta kepada penuntut di pusat pengajian tinggi. Menurut Presidennya, Datuk Seri Dr S Subramaniam, program yang dila Parti MIC menawarkan biasiswa berjumlah RM18 juta kepada penuntut di pusat pengajian tinggi. Menurut Presidennya, Datuk Seri Dr S Subramaniam, program yang dila Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 25/07/2017 — 900 Penuntut India Berpeluang Terima Biasiswa Presiden MIC:- DS Dr S Subramaniam

25/07/2017 — 900 Penuntut India Berpeluang Terima Biasiswa Presiden MIC:- DS Dr S Subramaniam

perakbn 900 Penuntut India Berpeluang Terima Biasiswa Presiden MICParti MIC menawarkan biasiswa berjumlah RM18 juta kepada penuntut di pusat pengajian tinggi.

Menurut Presidennya, Datuk Seri Dr S Subramaniam, program yang dilaksanakan oleh Biro Pendidikan MIC itu disediakan untuk 900 penuntut India yang layak yang terdiri daripada kalangan keluarga berpendapatan Bawah 40 (B40).

“Ini adalah sebahagian daripada Rangka Tindakan India Malaysia untuk mentransformasikan komuniti India di negara ini bagi memastikan mereka berpeluang melanjutkan pengajian tinggi.

“Kami mahu memberi peluang kepada mereka yang berkelayakan untuk meneruskan pengajian mereka tetapi tidak mempunyai kewangan untuk berbuat demikian,” katanya.

Tambah beliau lagi,  biasiswa Presiden MIC ini turut melibatkan kerjasama 18 institusi pengajian tinggi swasta terkemuka di negara ini antaranya Kolej Brickfields Asia, UCSI University dan Limkokwing University of Creative Technology.

Penuntut yang layak memohon adalah mereka yang ingin mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu biasiswa penuh dan separa biasiswa.

Datuk Seri Dr Subramaniam berkata demikian selepas melancarkan program biasiswa tersebut di Kuala Lumpur, pada Isnin.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top